Tue 06 Jan 2009  
Helpdesk: 1-300-88-9325   Waktu Operasi: 7 pagi hingga 1 pagi 
LATEST NEWS
Durasi : 03:30
Tarikh : 05-01-2009
Mainkan video
NEWS 5 JAN
Durasi : 30:15
Tarikh : 05-01-2009
Mainkan video
BERITA 5 JAN
Durasi : 30:54
Tarikh : 05-01-2009
Mainkan video
NEWS 4 JAN
Durasi : 30:04
Tarikh : 04-01-2009
Mainkan video
BERITA 4 JAN
Durasi : 30:58
Tarikh : 04-01-2009
Mainkan video
 
SMK LUTONG
Durasi : 31:08
Tarikh : 05-01-2009
Mainkan video
DISIPLIN SMK
Durasi : 31:42
Tarikh : 05-01-2009
Mainkan video
SINBAD
Durasi : 30:51
Tarikh : 29-12-2008
Mainkan video
PRE-SCHOOL [E
Durasi : 31:09
Tarikh : 29-12-2008
Mainkan video
NILAM PROGRAM
Durasi : 30:13
Tarikh : 29-12-2008
Mainkan video
 
BERSAMA KPPM
Durasi : 30:36
Tarikh : 30-12-2008
Mainkan video
PASUKAN PANCA
Durasi : 36:12
Tarikh : 10-12-2008
Mainkan video
BERSAMA PBPI
Durasi : 32:22
Tarikh : 04-12-2008
Mainkan video
BERSAMA KSU
Durasi : 30:37
Tarikh : 19-11-2008
Mainkan video
STPM 2008
Durasi : 31:37
Tarikh : 17-11-2008
Mainkan video
 
COLOURS
Durasi : 28:30
Tarikh : 31-12-2008
Mainkan video
DREAM
Durasi : 25:26
Tarikh : 31-12-2008
Mainkan video
PUPPET THEATR
Durasi : 16:52
Tarikh : 31-12-2008
Mainkan video
PUPPET THEATR
Durasi : 26:37
Tarikh : 31-12-2008
Mainkan video
BITS AND PIEC
Durasi : 25:25
Tarikh : 31-12-2008
Mainkan video
 
PERHIMPUNAN B
Durasi : 08:50
Tarikh : 10-12-2008
Mainkan video
PERHIMPUNAN B
Durasi : 18:36
Tarikh : 07-11-2008
Mainkan video
RIMUP 2008
Durasi : 26:31
Tarikh : 01-11-2008
Mainkan video
PERHIMPUNAN B
Durasi : 22:55
Tarikh : 18-10-2008
Mainkan video
PERHIMPUNAN B
Durasi : 17:45
Tarikh : 08-09-2008
Mainkan video
 
PENDIDIK EP20
Durasi : 31:57
Tarikh : 29-12-2008
Mainkan video
PENDIDIK EP19
Durasi : 32:44
Tarikh : 27-12-2008
Mainkan video
PENDIDIK EP18
Durasi : 32:55
Tarikh : 09-12-2008
Mainkan video
PENDIDIK EP17
Durasi : 32:56
Tarikh : 09-12-2008
Mainkan video
PENDIDIK EP16
Durasi : 30:22
Tarikh : 29-11-2008
Mainkan video
 
 
 


> Lupa Kata Laluan
> Pendaftaran Guru
 
 


RM50 JUTA UNTUK PIBG.

Sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi menggerakkan aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di peringkat sekolah di seluruh negara.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan khas itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan akan disalur melalui tabung sekolah khusus untuk kegunaan PIBG.

Menurutnya,langkah itu ekoran penangguhan bayaran yuran persekolahan yang hanya akan dikutip pada bulan Jun selepas mendapat persetujuan sekolah dan PIBG.

Menurutnya sejajar dengan komitmen kementerian untuk mengurangkan beban ibu bapa pada awal penggal persekolahan, kementerian mengambil langkah proaktif dalam membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak mereka.

Beliau memberitahu pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan Kuala Ibai di Kuala Terengganu hari ini.


 

* * * * * * * * * * * * * * *

 

 

 

PMR - LEBIH RAMAI DAPAT GRED A DALAM PMR.

 

Seramai 26,378 murid atau 5.96 % daripada 472,060 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat daripada 5.65 % pada tahun lepas dan 4.83 % pada 2006.

 

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan dalam semua mata pelajaran kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi dengan Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu 3.6 %.

 

Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar semakin mengecil terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

 

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 % berbanding 2.1 % di bandar manakala GPMP mata pelajaran Sains ialah 0.3 % pelajar luar bandar dan -0.3 % pelajar di Bandar.

 


* * * * * * * * * * * * * * *

 

 

 

GURU SABK DISERAP DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

 

Guru yang bertugas di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diperuntukkan jawatan secara hakiki sekaligus diserap ke dalam perkhidmatan Kerajaan.

 

Sekolah yang berdaftar sebagai SABK pula berpeluang menerima guru Kementerian Pelajaran yang terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.

 

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan memberitahu, guru-guru dalam kategori ini juga akan diberi gaji yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

 

Mereka juga turut diberi peluang kenaikan pangkat, berpeluang menikmati segala kemudahan sebagai penjawat awam serta berpeluang untuk mengikuti kursus di dalam dan di luar negara.

 

Menurutnya, tumpuan kepada soal perjawatan dan latihan guru itu adalah sebahagian langkah bagi merealisasikan program pendaftaran SABK yang diperkenalkan pada 2005 untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah Kementerian Pelajaran dari pelbagai aspek termasuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

 

Datuk Seri Hishammuddin berkata, murid di SABK pula berpeluang mendapat pelbagai bantuan seperti biasiswa, makanan serta buku teks selain bersaing dengan murid di sekolah aliran perdana dalam sebarang aktiviti Kementerian Pelajaran sama ada yang berbentuk kurikulum atau kokurikulum, dan jika berkelayakan, akan diberi peluang mewakili negara di peringkat antarabangsa.

 

Menurutnya, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat pendidikan berteraskan Islam terus dimantapkan dan diperkasa di negara ini, Kementerian akan terus berusaha gigih bagi memastikan SABK dapat berkembang menjadi institusi sekolah yang cemerlang dan mampu memberi pendidikan agama yang sempurna kepada generasi muda negara.

 

 

 

 

 


* * * * * * * * * * * * * * *

 

 

 

PERUNTUKAN RM200 JUTA SBK DISALUR MINGGU PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2009.

 

Kementerian Pelajaran akan menyalurkan peruntukan RM200 juta kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) yang dikenal pasti di seluruh negara bermula minggu pertama sesi persekolahan 2009.

 

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan itu akan diagihkan sama rata kepada empat jenis aliran SBK iaitu masing-masing akan menerima sebanyak RM50 juta.

 

Melalui satu mesyuarat khas yang diadakan khusus untuk membincangkan kaedah terbaik penyaluran peruntukan itu baru-baru ini, diputuskan bahawa kriteria penting bagi SBK yang layak diberikan bantuan termasuk sekolah yang daif dan usang, kurang selamat serta tidak pernah menerima sebarang peruntukan sebelum ini.

 

Terdapat sejumlah 1,873 SBK di seluruh negara membabitkan empat jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK),Z Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) dan

Sekolah Mubaligh.

 

 

 

 

 

* * * * * * * * * * * * * * *