|
Sambutan Israk Mikraj |
|
|
Wednesday, 06 August 2008 |
|
Sempena dengan 27 Rejab ini panitia pendidikan islam telah mengadakan sambutan israk dan mikrak pada 6 ogos 2008 bertempat didewan SKML. Ceramah israk mikraj telah disampaikan oleh Ust Azam b Azman dari SK Binjai Kemaman.Antara isi kandungan ceramah telah menghuraikan kejadian israk mikraj. Diakhir program israk mikraj telah diadakan Kuiz untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap isi kandungan israk dan mikraj. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 07 August 2008 )
|
|
|
Perkhemahan Badan Uniform SKML |
|
|
Tuesday, 05 August 2008 |
|
 Tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan program perkhemahan badan beruniform SKML pada 31 Julai-2 Ogos bertempat di Padang Sekolah SKML. Pelbagai aktiviti disediakan seperti pertandingan kawad, halangan komanda, masakan hutan dan malam kebudayaan. Aktiviti perkhemahan ini telah dimeriahkan oleh 135 orang murid terdiri dari pasukan pengakap, puteri islam dan bulan sabit merah. Aktiviti perkhemahan ini dilihat dapat menjana jati diri murid dalam membina minda dan fizikal yang cergas. (gambar diruangan galeri) |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 05 August 2008 )
|
|
|
Program KO-Akademik dan Kempen Minggu Bahasa SKML |
|
|
Thursday, 10 July 2008 |
|

Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkerjasama mengadakan aktiviti minggu bahasa yang diadakan pada 6-10 Julai yang lepas. Aktiviti tyersebut bertujuan mencungkil bakat-bakat murid untuk diketengahkan diperingkat pertandingan antara sekolah. pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut antaranya seperti bercerita, pidato dan Spelling (gambar diruangan galeri) |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 July 2008 )
|
|
|
Bengkel Menjawab Soalan Matematik |
|
|
Tuesday, 08 July 2008 |
|
 8JULAI-Seramai 75 orang murid Tahun 6 telah menyertai " Bengkel Kecemerlangan Matematik UPSR 08".Program ini merupakan program tahunan bertujuan mendedahkan para calon UPSR teknik menjawab soalan khususnya Matematik Kertas 2. Program yang bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang dikendalikan sepenuhnya oleh guru matematik berpengalaman,Encik Ramli Bin Yaakob dari SK.Pusat Kemaman. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 July 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 121 - 128 dari 135 |