|
Lawatan Tahun 1 Ke Zoo Mini |
|
|
Tuesday, 19 July 2011 |
|
 18 JULAI-Guru kelas tahun 1 bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Menerokai Flora dan Fauna yang disertai oleh semua murid tahun 1 SK Mak Lagam ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Dalam program ini, murid-murid dapat melalui proses pengenalan, pemerhatian dan penerokaan kehebatan flora dan fauna secara lebih dekat lagi. Wakil guru tahun 1, Pn Norshazlina turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MPK yang menyediakan 2 buah bas dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kijal yang sudi menaja makan tengahari kepada semua peserta pada hari tersebut.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 July 2011 )
|
|
|
Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2011 |
|
|
Thursday, 14 July 2011 |
|
 14 JULAI-SK Mak Lagam turut mengadakan Majlis Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2011 pagi tadi.Program yang bermula pada 7.45 pagi hingga 9.00 pagi melibatkan semua guru, pelajar & pekerja sekolah.Para pelajar telah dibahagikan kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan bagi mencari dan menghapuskan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dengan diawasi oleh guru-guru masing.En.Che Mohd Rosli B. Che Yusof yang merupakan guru penyelaras program merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 14 July 2011 )
|
|
|
Larian 1 Murid 1 Sukan SKML |
|
|
Saturday, 02 July 2011 |
|
 02 JULAI-Program Larian 1 Murid 1 Sukan yang diadakan serentak di seluruh negara turut diadakan di SKML pagi ini.Sejak awal pagi lagi para guru & pelajar SKML telah berhimpun di dewan bagi mengikuti siaran lansung pelancaran melalui skrin yang disediakan.Bacaan perutusan program berkenaan oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang telah diadakan sebelum para pelajar & guru berhimpun di dataran kawad untuk sesi memanaskan badan & taklimat ringkas.Pn Farushee Bt Emran wakil PPD telah melepaskan para peserta program memulakan larian mengikut laluan yang telah ditetapkan.
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 July 2011 )
|
|
|
Temu Mesra & Menandatangani Buku Adab Belajar |
|
|
Thursday, 30 June 2011 |
|
 30 Jun-SKML telah mengadakan Majlis Temu Mesra dengan ibubapa & penjaga murid Tahun 6 serentak dengan program menandatangi Buku Adab Belajar kali pertama bagi sesi 2011.Majlis diadakan di dewan sekolah turut disertai oleh En.Zanowi B. Mamat GPK Kokurikulum SKML yang mewakili Guru Besar.Pada majlis itu En.Mat Zam B. Mamat selaku Guru Penyelaras UPSR telah melaporkan pencapaian semasa pelajar tahun 6 bermula Ujian OTI 1 sehingga OTI 2 selain membentangkan program-program kecemerlangan yang telah dan akan dijalankan.En.Zanowi dalam ucaptamanya melahirkan kekecewaan dengan sambutan para ibubapa dalam program kali ini kerana program sebeginilah merupakan peluang terbaik para ibubapa & penjaga untuk berbincang dengan para guru selain memberi pendapat/ komen yang membina untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 30 June 2011 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 17 - 24 dari 122 |