|
Smart English-School Level 2011 |
|
|
Tuesday, 05 April 2011 |
|
 5 APRIL -Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Program ' Smart English ' peringkat sekolah di dewan SKML pagi tadi.Program yang bermula pada jam 8.15 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK Mak Lagam En.Mohammed B. Awang. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru & pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.Beliau berharap peserta yang terpilih mewakili sekolah pada peringkat PKG nanti akan menggunakan peluang ini untuk menyerlahkan bakat & kebolehan masing-masing.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah 'Reading Aloud , Spelling, Aural Oral Comprehension, Group Chain, Retell Story & Poetic Action Song'.Para peserta yang terlibat adalah dikalangan pelajar tahun 3 dan tahap 2 melibatkan empat rumah sukan iaitu Rumah Biru,Rumah Merah,Rumah Kuning & Rumah Hijau dari pelbagai tahap keupayaan..( Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat dalam 'Galeri Gambar'..)
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 14 April 2011 )
|
|
|
Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman Kali Ke-40 |
|
|
Sunday, 27 March 2011 |
|
 27 MAC-Seramai 23 atlit SK Mak Lagam telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSD Kemaman Kali Ke-40 yang telah berlansung mulai 23 Mac hingga 26 Mac 2011 bertempat di padang SMK Sultan Ismail Kemaman.Buat pertama kalinya pada tahun ini SKML menyertai semua acara yang dipertandingkan bagi kategori 11 & 12 tahun.Walaupun kontijen SKML yang diketuai oleh En.Mohd Rolly B. Ami dengan dibantu oleh En.Mohd Azlinor Mat Yahya dan En.Zanowi Mamat gagal mencapai sasaran pingat emas bagi beberapa acara yang diharapkan,namun pencapaian 3 pingat gangsa dalam acara lompat jauh P-11, 80m berpagar P-12 dan lompat tinggi P-12 telah meletakkan SKML pada tangga ke-28 daripada 46 buah sekolah yang menyertainya.Sekalung tahniah buat Nur Inani Hurin Bt Adnan, Nurul Nahsuwa Bt Arshad dan Rose Haslinda Bt Rosli...
AbA.. |
|
|
Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Ke-7 |
|
|
Saturday, 26 March 2011 |
|
 26 MAC- PIBG SK Mak Lagam telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 di dewan sekolah pagi tadi.Program yang turut dihadiri Penyelia HEM PPD Kemaman En.Mohd Haznan B. Othman bersama hampir 250 orang tetamu.Majlis yang bermula pada jam 9.15 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Muhammad Haikal Najmi Mohd Fitri.Guru Besar SK Mak Lagam En.Mohammed B. Awang memulakan ucapan dengan membentangkan laporan pencapaian sekolah dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan.Seterusnya ucapan oleh YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin.Beliau mengharapkan agar AJK yang bakal dipilih dapat memberi kerjasama bagi memperkasakan PIBG.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn.Haji Roshali B. Taha Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.Beliau telah menjelaskan peranan APMT secara ringkas dan mengharapkan para ibubapa dapat memainkan peranan dalam menentukan kejayaan anak-anak kerana kerajaan negeri telah menyediakan banyak kemudahan khususnya dalam bidang pendidikan.Pada majlis itu juga Tn.Haji Roshali turut melancarkan Tabung Derma Kecemerlangan SKML.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 26 March 2011 )
|
|
|
Selamat Pengantin Baru Cikgu Julia |
|
|
Saturday, 12 March 2011 |
|
 12 Mac-Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Julia Bt Ali dan pasangannya Wan Khairul Shahrizad B. Wan Shamsudin yang telah melansungkan perkahwinannya pada hari ini.Majlis penuh bermakna ini yang telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Bukit Tumbuh Kuala Terengganu.Cikgu Julia dan pasangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SKML yang telah sudi hadir antaranya Ckgu Hartini & Suami, Cikgu Norhayati & suami, Cikgu Mat Zam & isteri ,Cikgu Mohd Azlinor dan Cikgu Azahar..Kami jugak bagi pihak seluruh warga SKML mengucapkan "Selamat Pengantin Baru,.Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.." Kepada yang tersungkur..banyak-banyaklah bersabor yoo..!
AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 12 March 2011 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 25 - 32 dari 122 |