|
Sambutan Maulidur Rasul SKML 1432 H |
|
|
Thursday, 24 February 2011 |
|
 24 FEB-Panitia Pendidikan Islam SKML telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKML pagi tadi.Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan perarakan dari dataran sekolah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) sebelum berpatah balik ke sekolah.Perarakan kali ini disertai semua pelajar,guru-guru,kakitangan & pentadbir sekolah dan juga pengerusi PIBG.Selepas berehat seketika bagi menikmati jamuan yang disediakan majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Azam B. Azman dari SK.Binjai Kemaman.Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh peserta yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan yang telah diadakan sebelumnya seperti pertandingan azan & selawat berkumpulan.Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan.Johan keseluruhan perarakan tahun ini jatuh kepada Rumah Biru.diikuti Rumah Hijau,Rumah Kuning dan Rumah Merah..
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 February 2011 )
|
|
|
Selamat Hari Lahir |
|
|
Sunday, 20 February 2011 |

20 FEB-Tiada apa yang lebih mengembirakan jika detik bersejarah dikongsi bersama anak didik.Itulah antara kenangan indah yang dialami oleh Cikgu Julia Ali pada hari ini.Tahun 6 Arif SKML telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir buat guru kelas mereka Cik Julia Ali dan rakan sekelas Mohd Badrul Amin Roslan yang tutur berkongsi detik yang sama pada hari ini.Majlis ringkas tapi sangat bermakna ini dimulakan dengan acara memotong kek oleh yang diaraikan,sebelum semua pelajar menjamu selera.Cik Julia mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar Tahun 6 Arif dan juga kepada keluarga mereka yang turut menyediakan hidangan pada hari ini..Selamat Hari Lahir semoga ceria & bahagia selalu.. AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 February 2011 )
|
|
|
Pertandingan Merentas Desa SKML 2011 |
|
|
Thursday, 17 February 2011 |
|
 17 FEB-Pertandingan Merentas Desa Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi.Pertandingan yang bermula pada jam 8.30 pagi melibatkan jarak hampir 4 km buat pertama kalinya melalui Kolej Kemahiran Tinggi Mara seterusnya ke perkampungan Berenjut sebelum berpatah balik ke sekolah.Sebahagian besar pelajar tahap II menyertai pertandingan kali ini.Manakala pelajar Tahun 2 & 3 hanya melibatkan kawasan persekitaran sekolah sahaja.Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang mengucapkan syabas dan tahniah buat jawatankuasa penganjur kerana mencuba sesuatu yang baru pada tahun ini.Beliau jugak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat semua guru atas kerjasama & semangat yang diberikan juga buat pasukan keselamatan seperti pihak Polis,Rela & orang perseorangan yang terlibat dalam mempastikan keselamatan peserta sepanjang pertandingan.Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru-Guru Penolong Kanan selain Guru Besar.Johan keseluruhan pertandingan kali ini adalah Rumah Sukan Hijau,diikuti Rumah Merah, Rumah Kuning & Rumah Biru..
AbA... |
|
|
MGK-Keraian Guru Baru & Bertukar 2011 |
|
|
Thursday, 10 February 2011 |
|
 10 FEB-Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Mak Lagam telah mengadakan suatu majlis ringkas tengahari tadi bagi meraikan kehadiran guru-guru baru ke SKML dan juga meraikan guru-guru SKML yang telah bertukar ke sekolah lain sepanjang tahun 2011.Pada tahun ini SKML telah kehilangan 6 orang guru dan yang terbaru adalah Cikgu Osmanullrazi B. Abdullah yang akan bertukar ke SK Seri Geliga Mulai 13hb Feb ini. En.Mohammed B. Awang selaku penasihat MGK dalam ucapan aluannya mengharapkan guru-guru yang bertukar maupun yang baru ditempatkan di SKML sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggung-jawab & dedikasi dan akur pada arahan pertukaran bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru-guru yang terlibat.
AbA...
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 10 February 2011 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 33 - 40 dari 122 |