Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Untitled Document Selamat Melayari Laman SK MAK LAGAM, Kemaman, Terengganu...... Paparan Terbaik Bagi Laman Kami ialah 1024 X 768 ........ Sila Nyatakan Pendapat Anda Mengenai Laman SKML Pada Ruangan Buku Tetamu....
Hari Anugerah Kecemerlangan SKML 2010 PDF
Monday, 15 November 2010


15 NOV-SKML telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan buat pelajarnya di dewan SKML pagi tadi.Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai kategori hadiah telah disediakan antaranya pencapaian mata pelajaran terbaik,kedudukan dalam kelas terbaik,hadiah kerajinan ke sekolah,kecemerlangan dalam UPSR dan kokurikulum.Adik Aisha Amila Kamrul Zaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun ini.Sementara Rumah Biru telah dinobat sebagai johan keseluruhan sistem rumah pada tahun ini.Hadiah-hadiah telah disampai oleh GPK Pentadbiran Pn.Nor Jamnah Keman,GPK Hem Pn.Minah Awang, GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin Mat Rani,GPK Petang Pn.Wan Sitina Wan Ismail dan Pengerusi PIBG.Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari setiap tahun bermula dari Pra-sekolah hingga pelajar-pelajar tahun 6..Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..

AbA..

 
Kejayaan UPSR 2010 PDF
Monday, 15 November 2010


15 NOV-Syabas dan tahniah buat seluruh warga SKML kerana mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam UPSR yang diumumkan baru-baru ini.Pada tahun ini seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A dan 2 orang 4A 1B berbanding tahun sebelumnya dimana hanya 3 orang pelajar yang mendapat 5A.Pelajar yang telah berjaya mendapat 5A adalah Ainun Nasyuha Setia, Aisha Amila Kamrul zaman, Mohd Syakir Mohd Kamal, Mohd Fakhrul Naim Hasnul Sham, Nor Alia Nadira Rozaimi, Nor Auni Che Mohd Rosli, Nur Aishah Shahierah Suhaimi dan Nurul Amirah Sahira Harizan.Keseluruhan pencapaian tahun ini adalah meningkat di mana BMK meningkat 4.4 %, BI meningkat 13 %, MT meningkat  0.4 % dan pencapaian minimum C meningkat 4.4 %.Sekalung penghargaan & terima kasih buat semua yang terlibat dalam menentukan kejayaan pada tahun ini.Semoga kejayaan ini menjadi peransang untuk kita terus bekerja kuat dalam meneruskan agenda kecemerlangan SKML..

AbA..

 
Perkhemahan Badan Beruniform SKML 2010 PDF
Friday, 22 October 2010

 
22 OKT-Unit Kokurikulum SKML telah berjaya mengadakan Perkhemahan Tahunan Badan-Badan Beruniform SK.Mak Lagam 2010.Perkhemahan tersebut diadakan pada   20 ~ 22 Oktober di padang sekolah.Seramai 104 peserta telah menyertai perkhemahan tahunan ini melibatkan ahli Pergerakan Pengakap,Pergerakan Puteri Islam,Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Tunas Remaja Sekolah.Selama 3 hari 2 malam itu para peserta telah terlibat dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan,Senamrobik,Pertandingan Kawad Kaki,Pertandingan Mencari Harta Karun,Pertandingan Memasak,Permainan Sukan Rakyat & Persembahan Malam Bakat.En.Mohd Arifin B. Mat Rani GPK Kokurikulum dalam ucapan perasmian penutupnya telah mengucapkan syabas & tahniah kepada peserta perkhemahan dan semua guru-guru SKML yang terlibat dalam perkhemahan tahunan ini.

 AbA..  

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 23 October 2010 )
 
Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan SKML 2010 PDF
Wednesday, 13 October 2010

13 OKT-SKML telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SKML di dewan sekolah pagi tadi.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pn.Nor Jamnah Bt Keman PK1 yang mewakili Guru Besar.Serentak dengan pelancaran tersebut telah diadakan bacaan puisi,bercerita dan nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa.Beberapa aktiviti telah dirancang selepas ini antaranya Pertandingan Tulisan Cantik Tahap I melibatkan murid Pra Sekolah & Tahun 1 dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahap II pada 14.10.10, Pertandingan Syair Tahun 4 & 5 pada 17.10.10.Menyusul selepas itu Pertandingan Bercerita Tahap I & II pada 18.10.10 seterusnya Pertandingan Pidato Tahun 5 & 6 pada 19.10.10.Kepada para peserta yang mengambil bahagian selamat bertanding dan sama-samalah kita memertabatkan Bahasa Kebangsaan ....

AbA...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 41 - 48 dari 122

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Debaran UPSR

BERITA SKML

 
------------------------------------------------------------------------------ 
 
KELAS BIMBINGAN
UPSR 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~
KELAS BIMBINGAN UPSR
AKAN BERMULA PADA
08.02.12 MULAI
JAM 1.15 ~ 2.45 P.M
 
-------------------------------------------------------------------------------------
PERJUMPAAN DGN IBUBAPA/PENJAGA
MURID TAHUN 6 AKAN
DIADAKAN PADA 09.02.12
JAM 8.30 PG BERTEMPAT
DI DEWAN AL-IKHSAN SKML
 IBUBAPA/PENJAGA MURID
TAHUN 6 DIJEMPUT HADIR
---------------------------------------------------------------------------------------

KEPADA SEMUA GURU KELAS
SILA KEMBALIKAN BORANG
MARKAH UJIAN TOV
  RAMALAN 2 & JUDGEMENT
PADA/SEBELUM
07 FEB 2012
HARAP MAKLUM..
 
---------------------------------------------------------------------------------------



Jom Bersembang

Nama:

Mesej:

JUMLAH ONLINE SEKARANG

Kami ada 28 tetamu online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini63
mod_vvisit_counterSemalam81
mod_vvisit_counterMinggu ini583
mod_vvisit_counterBulan Ini352
mod_vvisit_counterJumlah115408

Rilek Minda





















Rakan Web