Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA
JSN ImageShow - Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Untitled Document Selamat Melayari Laman SK MAK LAGAM, Kemaman, Terengganu...... Paparan Terbaik Bagi Laman Kami ialah 1024 X 768 ........ Sila Nyatakan Pendapat Anda Mengenai Laman SKML Pada Ruangan Buku Tetamu....
Khatam Al-Quran & Sambutan Kemerdekaan PDF
Sunday, 29 August 2010

29 OGOS-Panitia Agama Islam dan Panitia Sivik & Kewarganegaraan SKML telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah pagi tadi.Pada majlis itu Ustaz Khalid telah memimpin bacaan ayat-ayat suci al-quran bersama 150 orang pelajar yang terlibat.Sementara PK1 Pn.Nor Jamnah Bt Keman turut menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar yang terlibat dengan tadarus al-quran pada tahun ini.Selepas rehat program diteruskan dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.Beberapa aktiviti telah diadakan seperti deklamasi sajak,ceramah, nyanyian lagu-lagu patriotik & pertandingan melukis poster.


AbA..

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 29 August 2010 )
 
Kem Ceria Pintar 2010 PDF
Saturday, 24 July 2010


24 JUL-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Mak Lagam telah mengadakan Kem Ceria Pintar buat pelajar tahun 6.Program yang bermula pada 22 ~ 24hb Julai ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar tahun 6 secara sedar & terancang,sekaligus melonjakkan prestasi diri masing-masing.Sepanjang 2 hari 2 malam itu para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bukan sahaja dikendalikan oleh guru-guru tahun 6 SKML sendiri tetapi juga melibatkan fasilitator yang dijemput khas bagi mengendalikan setiap mata pelajaran.Selain itu slot motivasi juga turut diadakan.Semoga dengan pelbagai usaha dan program yang telah dilaksanakan selama ini prestasi UPSR SK Mak Lagam tahun ini akan meningkat naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Insyaallah…..

 AbA..  


 

 

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
 
Jasamu Dikenang PDF
Thursday, 15 July 2010

15 JULAI-MGK dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Cikgu Zuriati Mamat tengahari tadi.Berapa ahli MGK telah menjemput Cikgu Zuriati di rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok pada jam 11.45 pagi Rombongan tersebut yang turut diiringi 2 buah motosikal Jaguh dari Roi Club SKML telah selamat tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.30 tengahari dan diberi sambutan bunga manggar & paluan kompang sambil diarak ke Dewan SKML.Pada majlis itu selain ucapan dari GPK1,Pengerusi PIBG,yang diraikan & wakil pelajar, penyampaian cenderahati dan persembahan pelajar turut diadakan.Cikgu Zuriati memulakan perkhidmatannya pada tahun1977di SK.Bukit Mentok sehingga tahun 1983. Di SKRKT Seberang Tayor hingga 1987,SK Kuala Penor sehingga 1990,SK Geliga sehingga 2001 seterusnya menamatkan perkhidmatan di SK Mak Lagam.Bagi pihak warga SKML kami mengucapkan “Selamat bersara & sesungguhnya jasa dan sumbangan anda amat kami hargai….”     

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
 
Lawatan Ke TESMAL PDF
Tuesday, 29 June 2010


29 JUN-Seramai 38 orang pelajar SK Mak Lagam yang terdiri daripada sebahagian pelajar Tahun 6 telah mengadakan lawatan ke SM Elit Mak Lagam pagi tadi.Lawatan ini adalah sempena Program Hari Koperasi & Pameran Ko-Akademik sekolah berkenaan.Sempena program tersebut para pelajar telah berpeluang melawat gerai-gerai pameran dan menyaksikan beberapa persembahan yang diadakan di dataran sekolah berkenaan.Rombongan SKML telah diiringi oleh Pn.Hartini Ab.Rahman & Cik Julia Bt Ali.Syabas & tahniah buat TESMAL..

 AbA..

 

Terakhir dikemaskini ( Friday, 16 July 2010 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 49 - 56 dari 122

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Debaran UPSR

BERITA SKML

 
------------------------------------------------------------------------------ 
 
KELAS BIMBINGAN
UPSR 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~
KELAS BIMBINGAN UPSR
AKAN BERMULA PADA
08.02.12 MULAI
JAM 1.15 ~ 2.45 P.M
 
-------------------------------------------------------------------------------------
PERJUMPAAN DGN IBUBAPA/PENJAGA
MURID TAHUN 6 AKAN
DIADAKAN PADA 09.02.12
JAM 8.30 PG BERTEMPAT
DI DEWAN AL-IKHSAN SKML
 IBUBAPA/PENJAGA MURID
TAHUN 6 DIJEMPUT HADIR
---------------------------------------------------------------------------------------

KEPADA SEMUA GURU KELAS
SILA KEMBALIKAN BORANG
MARKAH UJIAN TOV
  RAMALAN 2 & JUDGEMENT
PADA/SEBELUM
07 FEB 2012
HARAP MAKLUM..
 
---------------------------------------------------------------------------------------



Jom Bersembang

Nama:

Mesej:

JUMLAH ONLINE SEKARANG

Kami ada 31 tetamu online

Jumlah Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini61
mod_vvisit_counterSemalam81
mod_vvisit_counterMinggu ini581
mod_vvisit_counterBulan Ini350
mod_vvisit_counterJumlah115405

Rilek Minda





















Rakan Web