|
Majlis Restu UPSR 2011 |
|
|
Monday, 12 September 2011 |

12 SEPT-Jawatan Kuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Majlis Restu buat pelajarnya yang bakal menduduki UPSR esok.Program yang diadakan di Dewan Al-Ikhsan dimulakan dengan bacaan doa,diikuti dengan ucapan & bacaan perutusan dari Menteri Besar Terengganu oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang,bacaan perutusan dari Pengerusi J/kuasa Sains Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu oleh GP1 Pn.NorJamnah Bt Keman dan bacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu oleh PK.HEM Pn.Minah Bt Awang.Menyusul selepas itu lafaz ikrar oleh calon-calon UPSR yang diketuai oleh adik Muhammad Haikal Najmi B. Mohd Fitri.Kemuncak program adalah acara bersalam-salaman antara pelajar tahun 6 dengan semua guru diiringi dengan bacaan selawat.Pada majlis itu juga semua pelajar tahun 6 diberikan cenderahati berupa set alat tulis,kismis dan air zam-zam.Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG SKML & orang perseorangan yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.Kepada calon-calon UPSR SKML selamat maju jaya, semoga usaha kita selama ini akan dapat merealisasikan SK Mak Lagam Cemerlang..... AbA..
|
|
|
Program 3R-Elit UPSR 2011 |
|
|
Saturday, 10 September 2011 |
|

10 SEPT-Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 SK Mak lagam telah mengadakan Program 3R ( Rekreasi,Rehat & Riadah) di Pantai Teluk Mak Nik pagi tadi.Program ini diadakan khas buat pelajar elit SKML yang sebelum ini telah bertungkus-lumus selama 4 hari 3 malam terlibat dengan Program Karang-Kurung sebelum menghadapi peperiksaan UPSR minggu depan.Selain menikmati juadah yang disediakan para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.Selain itu para pelajar berkesempatan mendengar kata-kata semangat & nasihat yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang.Selain guru-guru tahun 6 ,program turut disertai oleh GPK Pentadbiran Pn.Nor Jamnah Bt Keman.Buat pelajar tahun 6 SKML,selamat manghadapi UPSR 2011 & buat yang terbaik bagi merealisasikan SK Mak lagam Cemerlang.... AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 10 September 2011 )
|
|
|
Majlis Solat Hajat Perdana UPSR |
|
|
Saturday, 10 September 2011 |

10 SEPT-PIBG SK Mak Lagam dengan kerjasama Kelab Guru SKML telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana di Dewan Al-Ikhsan pada 08hb September yang lalu.Majlis disertai oleh para ibu,bapa,penjaga,guru-guru & kakitangan sekolah serta pelajar Tahun 6.Program dimulakan dengan solat maghrib,solat hajat diikuti dengan bacaan yassin selain tazkirah yang diampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi B.Salleh.Selepas solat Isyak para tetamu menikmati jamuan ringan yang disediakan.Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga yang sudi hadir bagi menjayakan program tersebut.Semoga SKML terus mencipta kecemerlangan dalam UPSR tahun ini,insyaallah.. AbA..
|
|
|
Program Bebas Denggi -Pengakap SKML 2011 |
|
|
Thursday, 08 September 2011 |

08 SEPT-Pergerakan Pengakap SK Mak Lagam bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman (Unit Kawalan Vektor) telah mengadakan satu program berkaitan bahaya denggi di sekolah ini pada 6 September 2011. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang aspek keselamatan yang perlu diambil berhubung pencegahan denggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Denggi dan Nyamuk Aedes, Taklimat Program Bebas Denggi Pengakap Sekolah oleh En Wan Mustafa Kamal bin Wan Abdullah - Pengawai Kesihatan Persekitaran, Ceramah Situasi Denggi Semasa dan Kawalan Demam Denggi oleh En Mohd Yusof bin Mansor - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Demostrasi Aktiviti "Search and Destroy" dan lawatan ke lapangan. Akhir program, semua peserta menjamu selera sekaligus meraikan Sambutan Hari Raya bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Ketua Pemimpin Pengakap SK Mak Lagam, En Jamani Shukor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat... AbA...
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 08 September 2011 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 9 - 16 dari 122 |