Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow KELAB GURU arrow Aktiviti
Aktiviti
Annual Dinner MGK`08 PDF Cetak Emel
Tuesday, 11 November 2008

9 Nov 2008- Majlis Guru dan Kakitangan SKML telah berjaya mengadakan majlis tahunan tersebut. Majlis tersebut telah diadakan di dewan SKML. Program tersebut bermula pada jam 8.00 mlm dan berakhir pada jam 11.00 mlm. Pelbagai acara disediakan bagi mengisi majlis tersebut, MGK mengharapkan majlis tersebut dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli-ahli MGK SKML disamping dapat mengenali keluarga ahli SKML. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
 
Majlis Khatam Al-Quran dan Perpisahan Guru Praktikum PDF Cetak Emel
Thursday, 25 September 2008

Sempena ramadhan al-mubarak kelab guru dengan kerjasama panitia agama SKMl telah mengadakan majlis khatam alquran yang diaturcarakan oleh Ust Rosli Ahmad. Majlis tersebut diikuti oleh Majlis perpisahan guru praktikum iaitu En Prakash, Pn Rafidah, Pn Sapinah dan cik Lizawati semoga kalian menjadi guru yang terbilang.....

Terakhir dikemaskini ( Friday, 03 October 2008 )
Baca lagi...
 
Majlis Berbuka Puasa PDF Cetak Emel
Wednesday, 03 September 2008

Tahniah kpeada badan MGK SKML kerana berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa yang sederhana tetapi meriah. Majlis tersebut bermula jam 6.00 petang dimulakan dengan ceramah ihya ramadhan oleh ust saiful dari SK Kg Tengah, kemaman dan dsusuli pula dengan solat magrib dan juga solat terawih. Program ini dapat merapatkan hubungan diantara staff dan guru SKML disamping mengenali ahli keluarga SKML yang lain. Semoga program yang berkat dan murni ini akan diberkati ALLAH S.W.T.  (gambar di ruangan galeri)

 
Perlawanan persahabatan ping pong PDF Cetak Emel
Sunday, 25 May 2008

Pada 20 Mei 2008 lepas, warga SKML telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan ping-pong dengan SK Seri Geliga. Perlawanan dilangsungkan di SK Seri Geliga. Semoga dengan perlawanan ini akan dapat mewujudkan satu hubungan yang baik dikalangan guru-guru SKML dan SK Seri Geliga

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 25 May 2008 )
 
Sambutan Hari Guru SKML PDF Cetak Emel
Monday, 19 May 2008


18 Mei 2008 Sambutan Hari Guru peringkat SKML telah berjaya diadakan oleh Kelab Guru SKML dengan bantuan AJK dan guru-guru yang lain. Acara dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan bacaan ucapan dari Ketua Pengarah pendidikan disertai dengan ucapan dari Mantan KPM. Sebaik selesai ucapan, majlis diteruskan dengan nyayian lagu GURU MALAYSIA. ......

 

Baca lagi...
 
Advertisement