Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow KELAB GURU arrow Pelembagaan
Pelembagaan
PELEMBAGAAN PDF Cetak Emel
Saturday, 29 March 2008

UNDANG – UNDANG KECIL MAJLIS GURU DAN KAKITANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN MAK LAGAM

 

 

1. Nama dan Alamat

 

 

Majlis Guru dan Kakitangan

Sekolah Kebangsaan Mak Lagam

24000 Kemaman

Terengganu Darul Iman.

 

Atau ringkasnya dipanggil

 

MGK SKML

 

 

2. Tujuan Penubuhan

 

2.1  Menyatukan semua guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Mak Lagam untuk menjadi satu institusi kekeluargaan.

 

2.2  Memberi perkhidmatan Kebajikan dan sosial kepada semua ahli

 

 

2.3  Membantu pihak pentadbiran dalam melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah.

 

 

3. Keahlian

 

3.1 Semua guru dan kakitangan yang melapor diri secara tetap di Sekolah 

      Kebangsaan Mak Lagam adalah secara automatik menjadi ahli kepada Majlis

      Guru dan kakitangan Sekolah kebangsaan Mak Lagam.

 

3.2 Seseorang guru atau kakitangan akan terhenti keahliannya jika :

            3.2.1 Bertukar ke sekolah lain

            3.2.2 Berhenti bekerja atau bersara

            3.3.3 Meninggal dunia

 

4. Sumber kewangan

 

4.1 Yuran bulanan wajib daripada ahli – ahli seperti yang telah diluluskan dalam  

       mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru dan Kakitangan.

 

4.2 Derma – derma.

 

4.3 Lain – lain sumber yang dibolehkan oleh undang – undang.

 

5. Jawatankuasa

 

5.1 Sebuah jawatankuasa (JK)Seperti berikut hendaklah dilantik dalam mesyuarat

      Agung Tahunan.

           

            5.1.1 Seorang Pengerusi

            5.1.2 Seorang Naib pengerusi

            5.1.3 Seorang Setiausaha

            5.1.4 Seorang Penolong Setiausaha

            5.1.5 Seorang Bendahari

            5.1.6 Seorang Penolong Bendahari

            5.1.7 lima (5) orang ahli jawatankuasa

           

5.2 Nama – nama untuk jawatan – jawatan di atas perlulah dicadangkan oleh ahli 

      – ahli dalam Mesyuarat Agung.

 

5.3 Pengerusi Majlis Guru dan Kakitangan Sekolah Mak Lagam yang dilantik  

      boleh dalam sesuatu masa melantik mana – mana ahli untuk menganggotai  

      jawatankuasa bagi melicinkan pentadbirannya.Namun demikian ahli yang

      dilantik adalah tidak lebih daripada empat (4) orang.

 

5.4 Mana – mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa boleh diganti

      oleh jawatankuasa dengan melantik ahli yang tidak terpilih untuk memegang

      jawatan yang dikosongkan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.

 

5.5 Jawatankuasa yang telah dipilih  dan dilantik memegang jawatan dalam MGK

      SKML selama dua (2) tahun berturut – turut secara Automatik akan gugur

      pada penggal berikutnya,kecuali dengan kerelaan hatinya bersetuju untuk

      terus memegang jawatan.

 

5.6 Ahli – ahli yang tidak hadir Mesyuarat Agung juga layak dilantik untuk

      memegang jawatan dalam jawatankuasa MGK SKML.

 

5.7 Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mak Lagam secara automatiknya akan

      menjadi Penasihat MGK SKML.Tuan Guru Besar atau wakilnya boleh

      menyertai mesyuarat untuk memberi pandangan.

 

5.8 Mesyuarat Agung perlu melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira yang

      mana bukan terdiri daripada ahli jawatankuasa yang dipilih dan mereka tidak

      terlibat di dalam mesyuarat jawatankuasa.Namun begitu mereka boleh 

     dijemput untuk menyertai mana-mana mesyuarat jawatankuasa tetapi tidak    

     dapat membuat keputusan.           

 

 

 

 

 

 

6. Tanggungjawab Jawatankuasa

 

            6.1 Pengerusi

                        6.1.1 Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.

            6.1.2 Mengarahkan untuk mengadakan mesyuarat Agung tahunan di 

                     hujung  tempoh setiap tahun.

 

6.2 Naib Pengerusi

            6.2.1 Membantu segala tugas dan tanggunjawab pengerusi

 

6.3 Setiausaha

6.3.1 Setiausaha hendaklah menjalankantugas urusan MGK mengikut

         perlembagaan dan melaksanakan arahan-arahan mesyuaratAgung

         dan Mesyuarat jawatankuasa.

6.3.2 Menyimpan minit-minit mesyuarat.

6.3.3 Menguruskan hal-hal mesyuarat,surat menyurat,buku-buku dan

         rekod-rekod lain.

6.3.4 Menyediakan laporan dan membentangkannya  kepada Mesyuarat

         Agung Tahunan dan minit-minit lain yang berkenaan dengannya. 

           

6.4 Penolong Setiausaha

            6.4.1 Membantu segala tugas dan tanggunjawab Setiausaha

 

6.5 Bendahari

6.5.1 Bendahari bertanggunjawab dalam semua hal kewangan yang

         berkaitan dengan  MGK.

6.5.2 Membuat dan menyimpan penyata kira-kira berkenaan perkara

         kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

6.5.3 Menyediakan penyata kewangan tiap – tiap tahun untuk

         dibentangkan pada Mesyuarat Agung dan di sediakan dua(2) minggu

         sebelum Mesyuarat Agung untuk di buat Pengauditan oleh

         Pemeriksa kira – kira.

6.5.4 Menyediakan penyata kewangan dan membentangkannya  kepada  

         Mesyuarat Agung Tahunan dan penyata kewangan lain yang

         berkenaan dengannya.

           

6.6 Penolong Bendahari 

            6.6.1 Membantu segala tugas dan tanggunjawab Bendahari.

           

            6.7 Pemeriksa Kira-kira

                        6.7.1 Memeriksa Penyata kewangan MGK SKML dan berpuas hati

                                 bahawa penyata kira-kira itu adalah betul.

 

 

 

 

 

 

7. Mesyuarat

 

7.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan dalam tiap-tiap bulan Januari     

      dengan memberikan notis sekurang-kurangnya 14 hari.

 

7.2 Ahli jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat pertamanya dalam   

      tempoh 14 hari selepas mesyuarat Agung diadakan.

 

7.3 Mesyuarat ahli jawatankuasa boleh diadakan oleh panggilan pengerusi atau

      empat (4) ahli jawatankuasa dengan memberikan notis sekurang-kurangnya

      tiga (3) hari.

 

7.4 Korum mesyuarat Agung dan mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang

      daripada dua pertiga bilangan ahli.

 

8 Kuasa Bagi Membelanjakan Wang

 

8.1 Kuasa untuk membelanjakan wang MGK SKML ialah Jawatankuasa MGK

      SKML dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah

      dan tidak melanggar undang-undang.

 

8.2 Pengerusi MGK SKML boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan

      yang tidak melebihi RM 50.00 bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah tanpa

      memanggil mesyuarat.

 

9. Penyimpanan wang MGK SKML dan Perbelanjaan Wang MGK SKML

 

9.1 Segala keewangan MGK SKML hendaklah sepenuhnya  

      dipertanggungjawabkan kepada bendahari MGK.

 

9.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit oleh dua (2) pemeriksa kira-kira perlulah

      dikemukakan dan dibentang untuk kelulusan Mesyuarat Agung tahunan.

 

9.3 Perbelanjaan Wang MGK hendaklah kepaada perkara-perkara yang

      berfaeadah dan tidak melanggar undang-undang dan perbelanjaan tetap boleh

      dibuat dengan kadar tertentu.

           

9.3.1 Kematian Ahli                                                                RM 50.00

 

9.3.2 Kematian Tanggungan                                                   RM 30.00

         (Suami atau isteri,anak-anak,ibu atau bapa,

         ibu mertua atau bapa mertua)

 

9.3.3 Perkahwinan Ahli kali pertama                                      RM 30.00

 

9.3.4 Mendapat Cahaya mata (setiap kali bersalin)                RM 30.00

 

 

 

 

9.3.5 Ahli dan tanggungan yang sakit                                                RM 30.00

         Ahli dan tanggungan ( suami/isteri dan anak-anak)

         yang sakit dan tinggal dihospital melebihi

         satu (1) hari dalam satu masa.Tidak termasuk

         ahli yang masuk hospital kerana ingin bersalin.

 

9.3.6 Bertukar atau bersara

         ( Mengikut tempoh berkhidmat )

         9.3.6.1 ( 1 – 5 Tahun )                                                    RM 50.00

         9.3.6.2 ( 6- 10 Tahun )                                                   RM 70.00

         9.3.6.3 ( 11 Tahun ke atas )                                            RM 100.00

 

9.3.7 Mengerjakan Haji atau Umrah ( ahli sahaja )                 RM 50.00

 

9.3.8 Saguhati melanjutkan pelajaran                                     RM 30.00

         atau menamatkan pelajaran

         ( Ijazah atau yang lebih tinggi )

 

9.3.9 Derma                                                                            RM 30.00

         ( boleh dibuat kutipan dari ahli jika perlu)

           Jika kutipan telah dibuat dari ahli,maka

           sumbangan tidak perlu dikeluarkan lagi.

                       

9.3.10 Sumbangan kepada anak ahli yang cemelang              RM 30.00

           Dalam peperiksaan.

           ( mesti mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan

              Yang diduduki- UPSR,PMR,SPM dan STPM )

 

9.3.11 Pengecualian Yuran                                                     Dua (2) bulan

           ( Bagi ahli yang memegang jawatan Bendahari

              dan Naib Bendahari untuk setiap penggal )

 

10. Pindaan dan Penambahan kepada Perlembagaan MGK SKML

 

10.1 Perlembagaan MGK SKML adalah muktamad dan tidak boleh dipinda

        kecuali dengan kelulusan Mesyuarat Agung dengan mendapat majority dua

        pertiga menyokong.

 

10.2 Sebarang Pindaan atau penambahan kepada Perlembagaan MGK SKML  

        perlulah diusulkan kepada Mesyuarat Agung MGK atau dengan mengadakan

        unsur tergempar semasa mesyuarat Agung MGK dan mendapat sekurang-

        kurangnya sokongan dua pertiga ahli.

 

 

 

11. Larangan

 

11.1 MGK SKML tidak boleh meluaskan bidang kuasanya kepada perkara-

        perkara yang berkaitan dengan perjawatan dan pentadbiran sekolah.

 

11.2 MGK SKML tidak boleh menjadi badan pendesak menentang pentadbiran 

        sekolah.

 

11.3 MGK SKML tidak boleh bergabung dengan pertubuhan lain.

 

12. Pembubaran

 

12.1 Pembubaran MGK boleh dilakukan dalam mesyuarat khas dengan    

        dipersetujui oleh dua pertiga daripada ahli.   

 

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 06 April 2008 )