Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML arrow Aktiviti SKML
Aktiviti SKML
Majils Penutup Program Transisi Guru Penyayang (Murid Tahun 1) sesi 2012 PDF Cetak Emel
Sunday, 22 January 2012

19 JAN-Majlis Penutupan Program Transisi Guru Penyayang Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi di dewan sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang. Program ini telah berlangsung selama tiga minggu melibatkan pelajar tahun satu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap suasana persekitaran sekolah sebagai proses pengenalan murid dengan alam persekolahan rasmi. Dengan adanya program ini diharap para pelajar tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,akan lebih yakin dan bersedia untuk belajar. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program seperti suai kenal, lawatan persekitaran sekolah, suasana sambutan hari lahir serta panduan & penjagaan kesihatan. Sempena majlis penutupan ini diadakan acara sukaneka.Hadiah turut disampaikan oleh Guru-Guru Penolong Kanan SKML..
 
AbA..
 
Ceramah Jenayah Sifar, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas & Kursus Kepimpinan Pengawas Sesi 2012 PDF Cetak Emel
Sunday, 22 January 2012


16 JAN
-Lembaga Disiplin & Badan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Ceramah Sifar Jenayah dan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas sesi 2012. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Sarjan Zukifli bin Jidin, Penolong Pengawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kemaman sekaligus merasmi dan menyampaikan sijil Pelantikan kepada semua pengawas dengan diiringi Tuan Guru Besar dan GPK Hem. Program diteruskan pula dengan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas bertujuan untuk memberi pendedahan & pengetahuan kepada 56 orang pengawas tentang peranan ,tanggung-jawab dan panduan tugasan yang perlu mereka laksanakan sepanjang 2012. Kursus ini dikendalikan oleh Pn.Hartini bt Ab Rahman selaku Guru Bimbingan SKML. Tahniah kepada semua pengawas & selamat menjalankan tugas.

AbA..

 

 

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 22 January 2012 )
 
UPSR SKML 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 17 November 2011

17 NOV- SK Mak Lagam berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam UPSR yang baru diumumkan sebentar tadi.Walaupun gagal meningkatkan pencapaian 5A sebagaimana yang disasarkan namun ianya masih dapat mengekalkan pencapaian tahun lalu iaitu seramai 8 orang mendapat 5A.Sementara pencapaian 4A 1B adalah seramai 10 orang.Keseluruhan pencapaian bagi setiap mata pelajaran juga meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.Peratus lulus semua mata pelajaran adalah 62.9 % berbanding tahun sebelumnya 53.8%.Begitu juga GPS keseluruhan meningkat dari 2.81 tahun lepas kepada 2.49 tahun ini.Calon yang mendapat 5A adalah Ainul Mardhiah Kamarudin, Bazilah Hashim, C.W.Mohd Naim C.W Haimai, Mohd Faqihuddin Hasnul'sham, Muhd Haikal Najmi Mohd Fitri, Nur Ain Mohd Nor, Nur Aisyah Fariehah Suhaimi dan Nur Zulsyazana Mohd Yusri.Syabas dan tahniah kepada pelajar yang berjaya,juga buat guru-guru SKML yang telah berusaha keras dalam merealisasikan kecemerlangan ini...
 
AbA..
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 17 November 2011 )
 
Jamuan Akhir Tahun & Perpisahan Guru SKML 2011 PDF Cetak Emel
Wednesday, 16 November 2011

16 NOV-Majlis Guru & Kakitangan SK Mak Lagam telah mengadakan jamuan akhir tahun & meraikan guru-guru yang bertukar di Bunga Padi Cafe House,Suria Resort & Hotel di Cherating pada 15 Nov 2011.Majlis yang bermula pada jam 2.00 p.m dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid B. Muda, ucapan Pengerusi MGK En.Mohd Nordin B. Ibrahim dan ucapan Guru Besar En.Mohammed B. Awang. Tuan Guru Besar dalam ucapannya telah merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama & permuafakatan yang telah ditunjukkan. Beliau juga memaklumkan dari 5 orang yang membuat permohonan pertukaran hanya 3 orang yang berjaya setakat ini iaitu Cikgu Fatimah Bt Muda, Pn.Julia bt Ali & Pn. Nurul Ezzah Bt Alias. Selain jamuan makan tengahari yang turut disertai oleh Pengerusi PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin, majlis juga dimeriahkan dengan pemberian Cenderahati MGK, pemberian Kad Hari Lahir, pemberian hadiah guru/isteri guru yang bersalin, hadiah buat guru-guru yang bertukar dan cabutan bertuah. Pn.Hasliza Zuwani telah mengondol pakej penginapan 2 hari 1 malam di Suria Resort & Hotel..

AbA..

                                                                                    
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 November 2011 )
 
Hari Anugerah Kecemerlangan SKML 2011 PDF Cetak Emel
Wednesday, 16 November 2011

16 NOV- SK.Mak Lagam telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 pada 15hb Nov.Majlis yang penuh gilang-gemilang telah dirasmikan oleh En.Abdul Rahim B. Mohamad dari Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman.Pelbagai kategori hadiah telah diberikan antaranya Anugerah Kecemerlangan Akademik,Anugerah Sahsiah Terbaik,Anugerah Ko-Akademik & Ko-Kurikulum,Pelajar Harapan Sukan & Permainan dan Anugerah Tokoh Murid.Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin,Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang dan Guru-Guru Penolong Kanan.Adik Muhammad Haikal Najmi B. Mohd Fitri dan adik Ainul Mardhiah Bt Kamarudin dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi sesi 2011.Sementara Rumah Biru dinobatkan sebagai johan keseluruhan sistem rumah bagi tahun 2011.Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan murid pra-sekolah dan pelajar setiap tahun selain cabutan bertuah...
 
AbA..
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 dari 114