Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML arrow Aktiviti SKML
Aktiviti SKML
Majlis Perpisahan Guru SKML PDF Cetak Emel
Friday, 30 January 2009


29 Jan-MGK SK.Mak Lagam telah mengadakan suatu majlis bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli yang telah bertukar dari SKML mulai sesi 2009 yang lalu.Mereka adalah En.Azman B. Sulaiman yang bertukar ke SK Geliga, Pn.Radziana Bt Sulong juga bertukar ke SK.Geliga dan Pn.Rahimah Bt Jamil yang bertukar ke SK.Pusat Kemaman.Pada majlis itu En.Lokman B. Yahaya yang juga Pengerusi MGK melahirkan rasa terharu di atas kehilangan guru-guru berkenaan namun terpaksa akur kerana sebagai kakitangan kerajaan pertukaran sebegini adalah perkara biasa.Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan guru-guru berkenaan sepanjang di SKML dan berharap dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.Pada majlis itu juga beliau telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru-guru yang terlibat sebagai kenang-kenangan dari MGK SK.Mak Lagam

AbA.. 

 
Mesyuarat Kokurikulum Kali-1 Sesi 2009 PDF Cetak Emel
Thursday, 08 January 2009


08 Jan-Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Kali Pertama sesi 2009 telah diadakan dibilik mesyuarat SKML.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Antara agenda mesyuarat adalah pendedahan maklumat terkini berkaitan pengurusan kokurikulum,senarai tugas guru  & jawatankuasa  kokurikulum dan perancangan  aktiviti  tahun 2009.
GPK Kokurikulum mengharapkan agar lebih banyak kejayaan akan dicapai pada tahun 2009 melalui pertandingan-pertandingan yang akan disertai dan apa yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik.Mesyuarat berakhir jam 2.00 p.m

AbA Citra09... 

 

 

 

 
Hari Anugerah Kecemerlangan SKML 08 PDF Cetak Emel
Wednesday, 12 November 2008

12 Nov 2008-SK Mak Lagam telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan dorongan kepada para pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang sesi 2008.Majlis telah diadakan di dewan sekolah mulai jam 8.30 pagi dan ianya telah disempurnakan oleh Pengurusi PIBG SKML En.Suhaimi B. Mat Zin.Selain penyampaian hadiah para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan oleh para pelajar.

Aba Citra08.. 

 
Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) PDF Cetak Emel
Sunday, 09 November 2008

09 Nov 2008 - Jawatankuasa Induk Latihan Dalaman Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) kepada guru-guru SKML sesi 2008.Kursus dalam perkhidmatan berasaskan sekolah (LDPBS) ini diadakan bagi melahirkan pendidik yang cemerlang dan gemilang melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang.
Baca lagi...
 
Lawatan ke Perak & Pulau Pinang PDF Cetak Emel
Friday, 07 November 2008

06 Nov 2008-Seramai 35 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Pulau Pinang mulai 04 Nov hingga 06 Nov 2008.
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 Selepas > Akhir >>

Keputusan 109 - 117 dari 127