|
|
Temu Mesra & Menandatangani Buku Adab Belajar |
|
|
|
|
Thursday, 30 June 2011 |
|
 30 Jun-SKML telah mengadakan Majlis Temu Mesra dengan ibubapa & penjaga murid Tahun 6 serentak dengan program menandatangi Buku Adab Belajar kali pertama bagi sesi 2011.Majlis diadakan di dewan sekolah turut disertai oleh En.Zanowi B. Mamat GPK Kokurikulum SKML yang mewakili Guru Besar.Pada majlis itu En.Mat Zam B. Mamat selaku Guru Penyelaras UPSR telah melaporkan pencapaian semasa pelajar tahun 6 bermula Ujian OTI 1 sehingga OTI 2 selain membentangkan program-program kecemerlangan yang telah dan akan dijalankan.En.Zanowi dalam ucaptamanya melahirkan kekecewaan dengan sambutan para ibubapa dalam program kali ini kerana program sebeginilah merupakan peluang terbaik para ibubapa & penjaga untuk berbincang dengan para guru selain memberi pendapat/ komen yang membina untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 30 June 2011 )
|
|
|
Thursday, 19 May 2011 |
|
 18 MEI-Gempar..Aras 2 Blok A SKML telah terbakar.Loceng kecemasan segera dibunyikan dan semua pelajar diarah turun mengikut kelas masing-masing ke dataran kawad.Namun begitu dua orang pelajar tahun 5 Arif telah terperangkap dalam kebakaran tersebut.Tetapi dengan kecekapan Pasukan Bomba & Penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu berjaya membawa turun pelajar berkenaan dengan selamat.Itulah sebahagian daripada situasi dalam latihan kebakaran yang telah diadakan di SKML pagi tadi.Menurut GPK HEM Pn.Minah Bt Awang,tujuan utama program yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendedahkan pelajar tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di sekolah.En.Izani B. Zakaria Pegawai Bomba Kanan II,yang mengetuai Pasukan Bomba & Penyelamat pada hari ini,ketika sesi taklimat kepada pelajar & guru-guru selepas itu, melahirkan rasa puas hati akan kelancaran program walau pun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini...
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 19 May 2011 )
|
|
|
Sambutan Hari Guru SKML 2011 |
|
|
|
|
Tuesday, 17 May 2011 |
|
 16 MEI-Sambutan Hari Guru Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan dengan diiringan paluan kompang dan bunga manggar oleh pelajar-pelajar SKML.Membuka majlis adalah bacaan doa oleh Ustaz Khalid sebelum diteruskan dengan bacaan perutusan oleh Guru-Guru Penolong Kanan,Bacaan Ikrar Hari Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia & mendeklamasikan sajak.Selain itu acara padang & sukaneka antara guru & pelajar turut diadakan selain persembahan pentas.Beberapa anugerah turut disampaikan seperti Guru Paling Popular,Guru Paling Kelakar,Guru Paling Bergaya dan sebagainya.Sambutan tahun ini turut disertai oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman,Pn.Farushee Bt Emran. Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu..!
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 17 May 2011 )
|
|
|
Wednesday, 11 May 2011 |
 10 MEI-Panitia Bahasa Inggeris SKML dengan kerjasama TESMAL telah mengadakan Program Ceria Bersama Ms.Kelsey Celina Whiting Jones.Beliau merupakan 'English Teacher Assistant ' (ETA) TESMAL.Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris SKML Pn.Julia Bt Ali, program sebegini dirancang bukan sahaja untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi mendekatkan beliau dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Sepanjang lawatan beliau beberapa aktiviti telah diadakan seperti nyanyian,bacaan dan permainan dalam Bahasa Inggeris.Semua pelajar ternyata gembira apabila berpeluang berkomunikasi dengan Ms.Kelsey dalam Bahasa Inggeris.Ms.Kelsey juga melahirkan rasa kagum di atas usaha dan minat yang ditunjukkan dan berjanji untuk hadir lagi ke SKML..
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 11 May 2011 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 19 - 27 dari 114 |