|
|
Majlis Penutup Program Transisi Guru Penyayang 2011 |
|
|
|
|
Thursday, 20 January 2011 |
|
 20 JAN-Majlis Penutupan Program Transisi Guru Penyayang Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi di dewan sekolah.Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang.Program yang telah berjalan selama tiga minggu melibatkan pelajar tahun satu ini adalah sebagai proses pengenalan murid dengan alam persekolahan rasmi.Dengan adanya program ini diharap para pelajar tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,akan lebih yakin dan bersedia untuk belajar. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program seperti suai kenal, lawatan persekitaran sekolah,panduan & penjagaan kesihatan.Sempena majlis penutupan ini diadakan acara sukaneka.Hadiah turut disampaikan oleh Guru-Guru Penolong Kanan SKML..
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 20 January 2011 )
|
|
|
Motivasi & Promosi Program Revolusi Target dan Skor 5A |
|
|
|
|
Tuesday, 18 January 2011 |
|
 19 JAN-Suatu sesi ceramah & motivasi telah diadakan di dewan SKML buat pelajar Tahun 6 pada Isnin 17 Jan 2011 yang lalu.Program ini telah dikendalikan oleh En.Mohd Shazwan B. Kamaruddin dari Success Revolution Training Centre Selangor.Dalam sesi itu pelajar didedahkan serba ringkas bagaimana hendak membina keyakinan diri,jadual belajar,pengurusan masa dan sebagainya.Para pelajar yang ingin menyertai Program Revolusi Target & Skor 5A yang lengkap boleh menyertainya pada 29 Jan ( Sabtu ) bertempat di TATiUC dengan bayaran RM80.Antara pengisiannya adalah ceramah oleh guru-guru berpengalaman dan peserta dibekalkan dengan nota/modul terkini selain sesi motivasi & kemahiran belajar..
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 18 January 2011 )
|
|
|
Roi Club Meraikan Pertukaran Cikgu Arifin |
|
|
|
|
Tuesday, 18 January 2011 |
|
 17 JAN-Kelab Roi telah mengadakan jamuan bagi meraikan pertukaran Mantan PK Kokurikulum SKML En.Mohd Arifin B. Rani malam tadi di Puteri Food Court Bandar Baru Bukit Mentok.Majlis yang diadakan pada jam 9.00 malam turut disertai mantan PK1 SKML Tn.Hj Shaikh Abd.Naser dan lain-lain ahli yang masih bersama walaupun berlainan sekolah.En.Mohd Arifin B. Mat Rani telah bertukar ke SK Bukit Mentok II sebagai PK HEM mulai 16 Disember lalu dan tempat beliau telah digantikan oleh En.Zanowi B. Mamat dari SK.Cherul Kemaman.En.Mat Zam Mamat mewakili kelab telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada yang diraikan dan berharap agar hubungan dan kerjasama dapat diteruskan walaupun telah bertukar sekolah...
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 18 January 2011 )
|
|
|
Hari Anugerah Kecemerlangan SKML 2010 |
|
|
|
|
Monday, 15 November 2010 |
|
 15 NOV-SKML telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan buat pelajarnya di dewan SKML pagi tadi.Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai kategori hadiah telah disediakan antaranya pencapaian mata pelajaran terbaik,kedudukan dalam kelas terbaik,hadiah kerajinan ke sekolah,kecemerlangan dalam UPSR dan kokurikulum.Adik Aisha Amila Kamrul Zaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun ini.Sementara Rumah Biru telah dinobat sebagai johan keseluruhan sistem rumah pada tahun ini.Hadiah-hadiah telah disampai oleh GPK Pentadbiran Pn.Nor Jamnah Keman,GPK Hem Pn.Minah Awang, GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin Mat Rani,GPK Petang Pn.Wan Sitina Wan Ismail dan Pengerusi PIBG.Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari setiap tahun bermula dari Pra-sekolah hingga pelajar-pelajar tahun 6..Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..
AbA.. |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 37 - 45 dari 114 |