Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML arrow Aktiviti SKML
Aktiviti SKML
Majlis Hari Raya PSS PDF Cetak Emel
Friday, 01 October 2010


27 SEPT-Pusat Sumber SKML buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.Majlis yang diadakan pada jam 1015 pagi bertempat di Pusat Sumber sekolah diadakan bagi meraikan pengawas perpustakaan dan juga pengawas nilam sekolah turut dihadiri oleh guru-guru & kakitangan sekolah.Menurut penyelaras program Pn.Norzila majlis yang julung kali diadakan ini selain tanda penghargaan pihak sekolah kepada semua ahli PSS ianya juga  untuk merapatkan hubungan antara ahli & juga guru-guru.Syabas & tahniah buat semua yang terlibat semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang..

AbA.. 

 
Lawatan K.Lumpur & Cameron Highland PDF Cetak Emel
Friday, 01 October 2010


01 OKTOBER-Kelab Lawatan SKML telah mengadakan lawatan bermaklumat ke K.Lumpur & Cameron Highland mulai 28 Sept hingga 30 Sept 2010.Lawatan ini telah disertai 35 orang pelajar kebanyakkannya adalah pelajar tahun 6 & 6 orang guru pengiring.Pada hari pertama para peserta telah dibawa melawat Petrosains di KLCC sebelum ke Angkasapuri RTM.Seterusnya ke tempat penginapan di Intekma Seksyen 8 Shah Alam.Pada sebelah malam para peserta telah dibawa melawat i-city Shah Alam.Pada hari kedua para peserta telah dibawa ke Menara K.Lumpur sebelum beriadah di Cosmoworld Berjaya Times Square.Pada sebelah malam rombongan bertolak ke Cameron Highland dan tiba di sana sekitar jam 4.30 pagi.Selepas mempersiapkan diri & bersarapan di Brincang,para peserta rombongan mula melawat sekitar Cameron Highland sebelum bertolak pulang pada pukul 1.00 tengahari dan tiba di SKML pada pukul 11.30 malam.Cikgu Azahar Aziz selaku ketua rombongan bersyukur kerana program berjalan baik walaupun peringkat awalnya ada beberapa masalah.Namun dengan kerjasama guru & AJK lawatan masalah tersebut dapat segera diatas.Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam penganjuran program ini,juga kepada pihak penaja yang telah memberikan sumbangan khususnya YB Ahli Parlimen Kemaman....

 AbA..

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 13 October 2010 )
 
Sumbangan Raya 2010 PDF Cetak Emel
Thursday, 02 September 2010

05 SEPT-SK Mak Lagam telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Raya buat anak-anak yatim & pelajarnya tengahari tadi.Seramai 21 orang anak yatim telah menerima hamper,duit raya & pakaian yang ditaja oleh Wakil-Wakil Rakyat Daerah Kemaman & orang perseorangan.Sebelum itu semua anak-anak yatim yang terlibat telah dibawa ke pusat membeli-belah Centre Point Kemaman bagi memberi peluang memilih sendiri pakaian raya mengikut citarasa masing-masing.Pada majlis itu beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti penyampaian hadiah bagi aktiviti Agama Islam, pertandingan sempena bulan kemerdekaan dan penyampaian duit raya buat semua pelajar.Sekalung penghargaan & terima kasih buat para dermawan yang menjayakan program pada tahun ini..

 AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 02 September 2010 )
 
Khatam Al-Quran & Sambutan Kemerdekaan PDF Cetak Emel
Sunday, 29 August 2010

29 OGOS-Panitia Agama Islam dan Panitia Sivik & Kewarganegaraan SKML telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah pagi tadi.Pada majlis itu Ustaz Khalid telah memimpin bacaan ayat-ayat suci al-quran bersama 150 orang pelajar yang terlibat.Sementara PK1 Pn.Nor Jamnah Bt Keman turut menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar yang terlibat dengan tadarus al-quran pada tahun ini.Selepas rehat program diteruskan dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.Beberapa aktiviti telah diadakan seperti deklamasi sajak,ceramah, nyanyian lagu-lagu patriotik & pertandingan melukis poster.


AbA..

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 29 August 2010 )
 
Kem Ceria Pintar 2010 PDF Cetak Emel
Saturday, 24 July 2010


24 JUL-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Mak Lagam telah mengadakan Kem Ceria Pintar buat pelajar tahun 6.Program yang bermula pada 22 ~ 24hb Julai ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar tahun 6 secara sedar & terancang,sekaligus melonjakkan prestasi diri masing-masing.Sepanjang 2 hari 2 malam itu para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bukan sahaja dikendalikan oleh guru-guru tahun 6 SKML sendiri tetapi juga melibatkan fasilitator yang dijemput khas bagi mengendalikan setiap mata pelajaran.Selain itu slot motivasi juga turut diadakan.Semoga dengan pelbagai usaha dan program yang telah dilaksanakan selama ini prestasi UPSR SK Mak Lagam tahun ini akan meningkat naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Insyaallah…..

 AbA..  


 

 

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 46 - 54 dari 114