Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Kem Tunas Ilmu Bersama APMT PDF Cetak Emel
Thursday, 21 July 2011

21 JULAI-Jawatankuasa UPSR,Unit Bimbingan & Kaunseling SKML dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah mengadakan Kem Tunas Ilmu buat pelajar tahun 6 di Angullia Beach House Resort Marang Terengganu mulai 19 hingga 21 Julai 2011.Sepanjang 3 hari 2 malam para peserta bukan sahaja diberikan motivasi oleh penceramah-penceramah jemputan tetapi juga mendapat pengetahuan berguna tentang teknik-teknik menjawab soalan mata pelajaran UPSR dari guru-guru yang berpengalaman yang diundang khas seperti Pn.Wan Rahanah Bt Wan Khalid ( BI ), Pn.Nik Khadijah Bt Nik Mahmud ( MT ), En.Mohd Zubir B. Abu Bakar ( BM ) dan En.Mohammad B. Awang ( SC ). Selain itu para peserta diberi peluang melawat SMK Agama Tok Jiring yang merupakan antara sekolah-sekolah terbaik di negeri Terengganu.Pihak sekolah merakamkan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak APMT, Pejabat Menteri Besar & ADUN Chukai....

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 21 July 2011 )
 
Lawatan Tahun 1 Ke Zoo Mini PDF Cetak Emel
Tuesday, 19 July 2011


18 JULAI-Guru kelas tahun 1 bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Menerokai Flora dan Fauna yang disertai oleh semua murid tahun 1 SK Mak Lagam ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Dalam program ini, murid-murid dapat melalui proses pengenalan, pemerhatian dan penerokaan kehebatan flora dan fauna secara lebih dekat lagi. Wakil guru tahun 1, Pn Norshazlina turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MPK yang menyediakan 2 buah bas dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun Kijal yang sudi menaja makan tengahari kepada semua peserta pada hari tersebut.

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 July 2011 )
 
Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 14 July 2011


14 JULAI-SK Mak Lagam turut mengadakan Majlis Gotong-Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2011 pagi tadi.Program yang bermula pada 7.45 pagi hingga 9.00 pagi melibatkan semua guru, pelajar & pekerja sekolah.Para pelajar telah dibahagikan kumpulan mengikut kawasan yang telah ditetapkan bagi mencari dan menghapuskan tempat-tempat yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dengan diawasi oleh guru-guru masing.En.Che Mohd Rosli B. Che Yusof yang merupakan guru penyelaras program merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat.

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 14 July 2011 )
 
Larian 1 Murid 1 Sukan SKML PDF Cetak Emel
Saturday, 02 July 2011


02 JULAI-Program Larian 1 Murid 1 Sukan yang diadakan serentak di seluruh negara turut diadakan di SKML pagi ini.Sejak awal pagi lagi para guru & pelajar SKML telah berhimpun di dewan bagi mengikuti siaran lansung pelancaran melalui skrin yang disediakan.Bacaan perutusan program berkenaan oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang telah diadakan sebelum para pelajar & guru berhimpun di dataran kawad untuk sesi memanaskan badan & taklimat ringkas.Pn Farushee Bt Emran wakil PPD telah melepaskan para peserta program memulakan larian mengikut laluan yang telah ditetapkan.

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 19 July 2011 )
 
Temu Mesra & Menandatangani Buku Adab Belajar PDF Cetak Emel
Thursday, 30 June 2011


30 Jun-SKML telah mengadakan Majlis Temu Mesra dengan ibubapa & penjaga murid Tahun 6 serentak dengan program menandatangi Buku Adab Belajar kali pertama bagi sesi 2011.Majlis diadakan di dewan sekolah turut disertai oleh En.Zanowi B. Mamat GPK Kokurikulum SKML yang mewakili Guru Besar.Pada majlis itu En.Mat Zam B. Mamat selaku Guru Penyelaras UPSR telah melaporkan pencapaian semasa pelajar tahun 6 bermula Ujian OTI 1 sehingga OTI 2 selain membentangkan program-program kecemerlangan yang telah dan akan dijalankan.En.Zanowi dalam ucaptamanya melahirkan kekecewaan dengan sambutan para ibubapa dalam program kali ini kerana program sebeginilah merupakan peluang terbaik para ibubapa & penjaga untuk berbincang dengan para guru selain memberi pendapat/ komen yang membina untuk kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 30 June 2011 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 16 - 20 dari 152