Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
SKML Terbakar..? PDF Cetak Emel
Thursday, 19 May 2011


18 MEI-Gempar..Aras 2 Blok A SKML telah terbakar.Loceng kecemasan segera dibunyikan dan semua pelajar diarah turun mengikut kelas masing-masing ke dataran kawad.Namun begitu dua orang pelajar tahun 5 Arif telah terperangkap dalam kebakaran tersebut.Tetapi dengan kecekapan Pasukan Bomba & Penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu berjaya membawa turun pelajar berkenaan dengan selamat.Itulah sebahagian daripada situasi dalam latihan kebakaran yang telah diadakan di SKML pagi tadi.Menurut GPK HEM Pn.Minah Bt Awang,tujuan utama program  yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendedahkan pelajar tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di sekolah.En.Izani B. Zakaria Pegawai Bomba Kanan II,yang mengetuai Pasukan Bomba & Penyelamat pada hari ini,ketika sesi taklimat kepada pelajar & guru-guru selepas itu, melahirkan rasa puas hati akan kelancaran program walau pun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini...

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 19 May 2011 )
 
Sambutan Hari Guru SKML 2011 PDF Cetak Emel
Tuesday, 17 May 2011


16 MEI-Sambutan Hari Guru Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi.Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dewan dengan diiringan paluan kompang dan bunga manggar oleh pelajar-pelajar SKML.Membuka majlis adalah bacaan doa oleh Ustaz Khalid sebelum diteruskan dengan bacaan perutusan oleh Guru-Guru Penolong Kanan,Bacaan Ikrar Hari Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia & mendeklamasikan sajak.Selain itu acara padang & sukaneka antara guru & pelajar turut diadakan selain persembahan pentas.Beberapa anugerah turut disampaikan seperti Guru Paling Popular,Guru Paling Kelakar,Guru Paling Bergaya dan sebagainya.Sambutan tahun ini turut disertai oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman,Pn.Farushee Bt Emran. Selamat Hari Guru.Terima kasih cikgu..!

AbA.. 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 17 May 2011 )
 
A Visit To Remember.. PDF Cetak Emel
Wednesday, 11 May 2011

10 MEI-Panitia Bahasa Inggeris SKML dengan kerjasama TESMAL telah mengadakan Program Ceria Bersama Ms.Kelsey Celina Whiting Jones.Beliau merupakan 'English Teacher Assistant ' (ETA) TESMAL.Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris SKML Pn.Julia Bt Ali, program sebegini dirancang bukan sahaja untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi mendekatkan beliau dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Sepanjang lawatan beliau beberapa aktiviti telah diadakan seperti  nyanyian,bacaan dan permainan dalam Bahasa Inggeris.Semua pelajar ternyata gembira apabila berpeluang berkomunikasi dengan Ms.Kelsey dalam Bahasa Inggeris.Ms.Kelsey juga melahirkan rasa kagum di atas usaha dan minat yang ditunjukkan dan berjanji untuk hadir lagi ke SKML..

AbA..
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 11 May 2011 )
Baca lagi...
 
Kursus Membina Proposal & Penulisan Kajian Tindakan Peringkat SKML PDF Cetak Emel
Saturday, 07 May 2011

07 MEI-Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus & Bengkel Membina Proposal & Penulisan Kajian Tindakan peringkat SKML pagi tadi.Kursus yang diadakan di Bilik Mesyuarat SKML bermula 8.15 a.m telah dikendalikan oleh penceramah En.Mohd Rozi B. Hamid yang merupakan Ketua Pasukan Akram Penyelidikan PPD dengan dibantu oleh En.Mohd Ibrahim B. Mohamad-GPK Kokurikulum SMK Binjai. Sepanjang program para guru telah didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan kajian tindakan selain kaedah membina proposal & penulisan kajian tindakan.Selepas kursus ini para guru diminta membuat kajian tindakan mengikut panitia yang telah ditetapkan dan membentangkan kajian masing-masing pada program khas yang akan ditetapkan nanti.Program hari ini turut disertai oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang dan Guru-Guru Penolong Kanan.Penyelaras LDP yang juga Guru Bimbingan Pn.Hartini Bt Ab Rahman, melahirkan rasa syukur kerana dapat juga mengadakan program ini setelah beberapa kali tertangguh.Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini.

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 07 May 2011 )
Baca lagi...
 
Smart English-School Level 2011 PDF Cetak Emel
Tuesday, 05 April 2011


5 APRIL -Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Program ' Smart English ' peringkat sekolah di dewan SKML pagi tadi.Program yang bermula pada jam 8.15 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar SK Mak Lagam En.Mohammed B. Awang. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru & pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini.Beliau berharap peserta yang terpilih mewakili sekolah pada peringkat PKG nanti akan menggunakan peluang ini untuk menyerlahkan bakat & kebolehan masing-masing.Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah 'Reading Aloud , Spelling, Aural Oral Comprehension, Group Chain, Retell Story & Poetic Action Song'.Para peserta yang terlibat adalah dikalangan pelajar tahun 3 dan tahap 2 melibatkan empat rumah sukan iaitu Rumah Biru,Rumah Merah,Rumah Kuning & Rumah Hijau dari pelbagai tahap keupayaan..( Gambar-gambar sepanjang program boleh dilihat dalam 'Galeri Gambar'..)

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 14 April 2011 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 21 - 25 dari 152