|
|
Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Ke-7 |
|
|
|
|
Saturday, 26 March 2011 |
|
 26 MAC- PIBG SK Mak Lagam telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 di dewan sekolah pagi tadi.Program yang turut dihadiri Penyelia HEM PPD Kemaman En.Mohd Haznan B. Othman bersama hampir 250 orang tetamu.Majlis yang bermula pada jam 9.15 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Muhammad Haikal Najmi Mohd Fitri.Guru Besar SK Mak Lagam En.Mohammed B. Awang memulakan ucapan dengan membentangkan laporan pencapaian sekolah dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan.Seterusnya ucapan oleh YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin.Beliau mengharapkan agar AJK yang bakal dipilih dapat memberi kerjasama bagi memperkasakan PIBG.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn.Haji Roshali B. Taha Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.Beliau telah menjelaskan peranan APMT secara ringkas dan mengharapkan para ibubapa dapat memainkan peranan dalam menentukan kejayaan anak-anak kerana kerajaan negeri telah menyediakan banyak kemudahan khususnya dalam bidang pendidikan.Pada majlis itu juga Tn.Haji Roshali turut melancarkan Tabung Derma Kecemerlangan SKML.
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 26 March 2011 )
|
|
|
Selamat Pengantin Baru Cikgu Julia |
|
|
|
|
Saturday, 12 March 2011 |
|
 12 Mac-Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Julia Bt Ali dan pasangannya Wan Khairul Shahrizad B. Wan Shamsudin yang telah melansungkan perkahwinannya pada hari ini.Majlis penuh bermakna ini yang telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Bukit Tumbuh Kuala Terengganu.Cikgu Julia dan pasangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SKML yang telah sudi hadir antaranya Ckgu Hartini & Suami, Cikgu Norhayati & suami, Cikgu Mat Zam & isteri ,Cikgu Mohd Azlinor dan Cikgu Azahar..Kami jugak bagi pihak seluruh warga SKML mengucapkan "Selamat Pengantin Baru,.Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.." Kepada yang tersungkur..banyak-banyaklah bersabor yoo..!
AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 12 March 2011 )
|
|
|
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman |
|
|
|
|
Saturday, 12 March 2011 |
|
 10 Mac-SKML telah menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kemaman yang turut disertai kira-kira 250 kontijen lain.Perarakan yang bermula di Padang Astaka melalui bandar Chukai melibatkan jarak 7.2 kilometer bagi kontijen dewasa dan 3.5 kilometer bagi kanak-kanak.Perarakan yang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta,pelajar kolej,pelajar sekolah,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.Selain itu ianya turut disertai hampir 3,000 kanak-kanak tadika dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.Apa yang menariknya SKML telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori selawat bagi penyertaan tahun ini.Tahniah buat kontijen SKML kerana merealisasikan " SK Mak Lagam cemerlang.."
AbA |
|
|
Monday, 07 March 2011 |
|

6 Mac - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Terengganu Elite School Mak Lagam (TESMAL) bersama murid Tahun 6 sebagai suntikan motivasi kepada mereka yang bakal menduduki UPSR pada September ini nanti. Dalam lawatan itu, murid-murid dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti Perpustakaan, Bilik Guru, Bilik Kesihatan Pelajar, Bilik Pengurusan Akademik, Bilik Pengurusan Kokurikulum, Galeri, Bilik BOSS, Blok Asrama dan banyak lagi. Sebelum itu,murid-murid SKML telah diraikan dalam sesi Perhimpunan Pagi bersama Puan Pengetua, Pn Hajjah Nong Shamshiah, Semua GPK, En Mohd Zahidin (SU Sekolah), Pn Wan Nasrah (Kaunselor), semua guru, PRS dan pelajar-pelajar SMK Mak Lagam. GPK Pentadbiran SKML, Pn Nor Jamnah Bt Keman yang turut serta dalam lawatan ini, turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga TESMAL yang telah memberi layanan mesra dan amat baik sepanjang berada di sana termasuk menyediakan pengangkutan pergi-balik. AbA...
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 08 March 2011 )
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 26 - 30 dari 152 |