Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Majlis Permuafakatan & Temu Mesra UPSR 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 03 March 2011


03 MAC-Jawatankuasa UPSR dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Majlis Permuafakatan & Temu Mesra UPSR 2011 di dewan sekolah pagi tadi.Majlis ini adalah satu proses kesinambungan dan kecaknaan serta memberi pendedahan secara umum tentang prospek pendidikan.Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang yang turut dihadiri oleh YDP PIBG En.Suhaimi Mat Zin.Dalam majlis tersebut, En.Mohammed B. Awang telah membentangkan pencapaian UPSR SKML dari 2004 hingga 2010, analisis & post mortem UPSR 2010, TOV dan target yang hendak dicapai pada tahun 2011 dan perancangan aktiviti untuk mencapai sasaran tersebut.Selain sesi dialog di penghujung majlis diadakan Pelancaran Program Cakna Cemerlang di mana para pelajar tahun 6 diserahkan secara rasmi kepada semua guru-guru SKML yang terlibat sebagai mentor kepada pelajar masing-masing dengan diiringi oleh ibubapa/penjaga masing-masing.Pihak jawatankuasa penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari...

AbA... 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 03 March 2011 )
 
Roi Club Meraikan Pertukaran Osmanullrazi PDF Cetak Emel
Wednesday, 02 March 2011


02 MAC - Roi Club sekali lagi mengadakan majlis bagi meraikan ahlinya yang telah bertukar sekolah.Ahli yang diraikan kali ini adalah Cikgu Osmanullrazi Abdullah yang telah bertukar ke SK Seri Geliga Kemaman.Beliau merupakan mantan Pengerusi MGK SK Mak Lagam juga orang kuat dalam pasukan bola sepak Roi club disamping berpengetahuan luas dalam ICT.Sehubungan dengan itu diharapkan kerjasama dengan Roi Club akan dapat diteruskan walaupun telah berada di sekolah lain.En Mohd Azlinor selaku orang kuat Roi Club telah menyampaikan cenderahati kepada yang diraikan.Perancangan aktiviti Roi Club selepas ini adalah Expedisi ke Taman Negara jadi kepada ahli yang ingin menyertainya sila berhubung dengan En.Mohd Azlinor...

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 02 March 2011 )
 
Sambutan Maulidur Rasul SKML 1432 H PDF Cetak Emel
Thursday, 24 February 2011


24 FEB-Panitia Pendidikan Islam SKML telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SKML pagi tadi.Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan perarakan dari dataran sekolah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) sebelum berpatah balik ke sekolah.Perarakan kali ini disertai semua pelajar,guru-guru,kakitangan & pentadbir sekolah dan juga pengerusi PIBG.Selepas berehat seketika bagi menikmati jamuan yang disediakan majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Azam B. Azman dari SK.Binjai Kemaman.Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh peserta yang telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan yang telah diadakan sebelumnya seperti pertandingan azan & selawat berkumpulan.Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan.Johan keseluruhan perarakan tahun ini jatuh kepada Rumah Biru.diikuti Rumah Hijau,Rumah Kuning dan Rumah Merah..

AbA... 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 February 2011 )
 
Selamat Hari Lahir PDF Cetak Emel
Sunday, 20 February 2011

20 FEB-Tiada apa yang lebih mengembirakan jika detik bersejarah dikongsi bersama anak didik.Itulah antara kenangan indah yang dialami oleh Cikgu Julia Ali pada hari ini.Tahun 6 Arif SKML telah mengambil inisiatif mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir buat guru kelas mereka Cik Julia Ali dan rakan sekelas Mohd Badrul Amin Roslan yang tutur berkongsi detik yang sama pada hari ini.Majlis ringkas tapi sangat bermakna ini dimulakan dengan acara memotong kek oleh yang diaraikan,sebelum semua pelajar menjamu selera.Cik Julia mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar Tahun 6 Arif dan juga kepada keluarga mereka yang turut menyediakan hidangan pada hari ini..Selamat Hari Lahir semoga ceria & bahagia selalu..
 
AbA..
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 24 February 2011 )
 
Pertandingan Merentas Desa SKML 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 17 February 2011


17 FEB-Pertandingan Merentas Desa Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi.Pertandingan yang bermula pada jam 8.30 pagi melibatkan jarak hampir 4 km buat pertama kalinya melalui Kolej Kemahiran Tinggi Mara seterusnya ke perkampungan Berenjut sebelum berpatah balik ke sekolah.Sebahagian besar pelajar tahap II menyertai pertandingan kali ini.Manakala pelajar Tahun 2 & 3 hanya melibatkan kawasan persekitaran sekolah sahaja.Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang mengucapkan syabas dan tahniah buat jawatankuasa penganjur kerana mencuba sesuatu yang baru pada tahun ini.Beliau jugak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat semua guru atas kerjasama & semangat yang diberikan juga buat pasukan keselamatan seperti pihak Polis,Rela & orang perseorangan yang terlibat dalam mempastikan keselamatan peserta sepanjang pertandingan.Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Guru-Guru Penolong Kanan selain Guru Besar.Johan keseluruhan pertandingan kali ini adalah Rumah Sukan Hijau,diikuti Rumah Merah, Rumah Kuning & Rumah Biru..

AbA... 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 31 - 35 dari 152