Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
MGK-Keraian Guru Baru & Bertukar 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 10 February 2011


10 FEB-Kelab Guru & Kakitangan Sekolah Mak Lagam telah mengadakan suatu majlis ringkas tengahari tadi bagi meraikan kehadiran guru-guru baru ke SKML dan juga meraikan guru-guru SKML yang telah bertukar ke sekolah lain sepanjang tahun 2011.Pada tahun ini SKML telah kehilangan 6 orang guru dan yang terbaru adalah Cikgu Osmanullrazi B. Abdullah yang akan bertukar ke SK Seri Geliga Mulai 13hb Feb ini. En.Mohammed B. Awang selaku penasihat MGK dalam ucapan aluannya mengharapkan guru-guru yang bertukar maupun yang baru ditempatkan di SKML sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggung-jawab & dedikasi dan akur pada arahan pertukaran bagi mengelakkan masalah dikemudian hari.Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru-guru yang terlibat.

AbA...

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 10 February 2011 )
 
Kursus Kepimpinan & Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 20 January 2011


20 JAN-Badan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas bagi sesi 2011 pagi tadi.Tujuan program adalah untuk memberi pendedahan & pengetahuan kepada 52 orang pengawas tentang peranan ,tanggung-jawab dan panduan tugasan yang perlu mereka laksanakan sepanjang 2011.Program dikendalikan oleh Pn.Hartini Bt Ab Rahman & Pn.Nor Shazlina Bt Mohd Husin.Kemuncak acara adalah Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang pada perhimpunan mingguan pagi tadi ( Ahad 23hb Jan ).Tahniah kepada semua pengawas & selamat menjalankan tugas..

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 23 January 2011 )
 
Majlis Penutup Program Transisi Guru Penyayang 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 20 January 2011


20 JAN-Majlis Penutupan Program Transisi Guru Penyayang Peringkat SKML telah diadakan pagi tadi di dewan sekolah.Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Mohammed B. Awang.Program yang telah berjalan selama tiga minggu melibatkan pelajar tahun satu ini adalah sebagai proses pengenalan murid dengan alam persekolahan rasmi.Dengan adanya program ini diharap para pelajar tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran,akan lebih yakin dan bersedia untuk belajar. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program seperti suai kenal, lawatan persekitaran sekolah,panduan & penjagaan kesihatan.Sempena majlis penutupan ini diadakan acara sukaneka.Hadiah turut disampaikan oleh Guru-Guru Penolong Kanan SKML..

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 20 January 2011 )
 
Motivasi & Promosi Program Revolusi Target dan Skor 5A PDF Cetak Emel
Tuesday, 18 January 2011


19 JAN-Suatu sesi ceramah & motivasi telah diadakan di dewan SKML buat pelajar Tahun 6 pada Isnin 17 Jan 2011 yang lalu.Program ini telah dikendalikan oleh En.Mohd Shazwan B. Kamaruddin dari Success Revolution Training Centre Selangor.Dalam sesi itu pelajar didedahkan serba ringkas bagaimana hendak membina keyakinan diri,jadual belajar,pengurusan masa dan sebagainya.Para pelajar yang ingin menyertai Program Revolusi Target & Skor 5A yang lengkap boleh menyertainya pada 29 Jan ( Sabtu ) bertempat di TATiUC dengan bayaran RM80.Antara pengisiannya adalah ceramah oleh guru-guru berpengalaman dan peserta  dibekalkan dengan nota/modul terkini selain sesi motivasi & kemahiran belajar..

AbA... 

 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 18 January 2011 )
 
Roi Club Meraikan Pertukaran Cikgu Arifin PDF Cetak Emel
Tuesday, 18 January 2011


17 JAN-Kelab Roi telah mengadakan jamuan bagi meraikan pertukaran Mantan PK Kokurikulum SKML En.Mohd Arifin B. Rani malam tadi di Puteri Food Court Bandar Baru Bukit Mentok.Majlis yang diadakan pada jam 9.00 malam turut disertai mantan PK1 SKML Tn.Hj Shaikh Abd.Naser dan lain-lain ahli yang masih bersama walaupun berlainan sekolah.En.Mohd Arifin B. Mat Rani telah bertukar ke SK Bukit Mentok II sebagai PK HEM mulai 16 Disember lalu dan tempat beliau telah digantikan oleh En.Zanowi B. Mamat dari SK.Cherul Kemaman.En.Mat Zam Mamat mewakili kelab telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada yang diraikan dan berharap agar hubungan dan kerjasama dapat diteruskan walaupun telah bertukar sekolah...

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 18 January 2011 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 36 - 40 dari 152