Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Kursus Bestari Komputer PDF Cetak Emel
Tuesday, 28 April 2009


25 APRIL - Jawatankuasa Induk Latihan Dalam Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus Bestari Komputer bagi semua guru-guru SKML.Kursus berkenaan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang diadakan di bilik mesyuarat sekolah tersebut.Kursus ini adalah kursus pertama daripada empat siri kursus yang dirancang pada tahun ini.Menurut Setiausaha Jawatankuasa LDP SKML Pn.Nora Ayu Bt Hamat,kursus ini adalah kursus dalam perkhidmatan berasaskan sekolah yang berhasrat melahirkan pendidik yang cemerlang melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh guru pakar komputer SKML iaitu En.Osmanullrazi B. Abdullah dan En.Mohd Rolly B. Ami.

AbA... 

 
Sambutan Maulidur Rasul 1430H PDF Cetak Emel
Tuesday, 07 April 2009


07 APRIL - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya diadakan di Dewan SKML pagi tadi.Program yang bermula pukul 8.00 pagi itu didahului dengan acara perarakan & selawat yang dipimpin oleh Ustaz Rosli & En.Che M.Rosli. sebelum disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Saiful B. Ibrahim.Beberapa acara lain turut diadakan seperti pertandingan membuat poster, mewarna dan pertandingan nasyid.Menurut Penyelaras Program Pn.Kamariah Bt Awang sambutan kali ini diadakan serentak dengan aktiviti bulan dakwah.Beliau merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

AbA.. 

 

 

 
Kem Motivasi Jati Diri UPSR 09 PDF Cetak Emel
Saturday, 04 April 2009


04 APRIL - Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah berjaya menganjurkan Kem Motivasi Jati Diri UPSR mulai 02 hingga 04 April 2009.Menurut penyelaras program En.Mat Zam B. Mamat,program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani,rohani,emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2009.Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari 2 malam itu antaranya LDK, tayangan video, bengkel, ceramah & tazkirah.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan B. Abdullah.Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKML yang terlibat dalam menjayakan program ini..

AbA.. 

 
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 PDF Cetak Emel
Sunday, 29 March 2009

27 MAC - PIBG SKML telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali ke-5 di Dewan SK.Mak Lagam mulai jam 8.30 am.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan B. Abdullah.Dalam pemilihan jawatankuasa 2009/10, Yang Dipertua PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin dan timbalannya En.Suhaimi B. Ismail berjaya mengekalkan jawatan masing-masing sementara AJKnya pula terdiri dari 4 orang muka baru dari 6 orang yang telah dipilih menganggotai jawatankuasa kali ini.Beberapa usul juga telah dikemukakan untuk dibahas dan dipersetujui antaranya adalah mengenai kadar bayaran persekolahan sesi 2009.  

AbA.. 

 
Kursus Eduwebtv PDF Cetak Emel
Sunday, 08 March 2009


08 MAC - SK Mak Lagam telah mengadakan kursus Eduwebtv untuk semua guru-guru SKML.Kursus berkenaan dikendalikan oleh Guru Media SKML En.Muhammad Shah Rizal B. Abu Bakar.Melalui kursus ini para guru telah didedahkan bagaimana hendak mengaplikasikan Portal EDUWEBTV.COM sebagai salah satu sumber pengajaran & pembelajaran di bilik darjah.

AbA... 

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 46 - 50 dari 103