|
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKML 2011 |
|
|
|
|
Friday, 21 October 2011 |

21 OKT-Unit Kokurikulum SKML telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Kali Ke-5 di padang sekolah yang bermula pada 19 hingga 21 Oktober 2011.Seramai 120 pelajar tahap II yang terdiri daripada Pergerakan Pengakap,Puteri Islam & Tunas Kadet Remaja Sekolah telah terlibat dalam program kali ini.Selama 3 hari 2 malam para peserta perkhemahan telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan,Pertandingan Kawad Kaki,Lari Berhalangan,Pertandingan Masakan,Mencari Harta Karun, Permainan Tradisional dan Persembahan Malam Bakat.Walau pun cuaca tidak menentu tetapi ianya tidak menjejaskan perjalanan program yang telah dirancang.Pada Majlis Perasmian Penutup,En.Zanovi B. Mamat PK Kokurikulum SKML telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.Sementara PK Pentadbiran,Pn.Nor Jamnah Bt Keman telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang..... AbA..
|
|
|
Karnival Permainan SKML 2011 |
|
|
|
|
Monday, 17 October 2011 |
|
17 OKT-Unit Kokurikulum SKML telah mengadakan Karnival Permainan Kokurikulum 2011 selama 2 hari mulai 04~05 Oktober yang lalu.Objektif utama karnival ini adalah untuk mengenalpasti bakat dan potensi pelajar bagi diserapkan ke dalam pasukan sekolah pada masa hadapan.Karnival ini hanya melibatkan pelajar tahun 4 dan tahun 5.Acara yang dipertandingkan pula adalah bola sepak, bola jaring dan bola baling.Pasukan rumah biru menjuarai acara bola baling lelaki,diikuti rumah merah & hijau.Bola baling perempuan rumah biru juga menjadi johan,diikuti rumah merah & kuning.Sementara acara bola sepak rumah biru menjadi johan,diikuti rumah merah & rumah hijau.Bagi acara bola jaring rumah kuning menjadi juara,diikuti rumah hijau & rumah kuning.Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan sekalung penghargaan buat semua guru yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.. AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 17 October 2011 )
|
|
|
Sambutan Hari Merdeka Raya |
|
|
|
|
Thursday, 22 September 2011 |

22 SEPT-Kelab Guru SKML telah mengadakan Majlis Sambutan Merdeka Raya di Dewan Al-Ikhsan pagi tadi.Program yang julung kalinya diadakan serentak antara Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya dan juga Hari Kemerdekaan.Majlis yang melibatkan semua pelajar sesi pagi & petang diserikan dengan persembahan pelajar dan guru selain pelbagai juadah.Sebanyak buah 4 kiosk dibuka mengikut rumah sukan yang menyediakan pelbagai jenis makanan & minuman selain kiosk yang dibuka oleh pihak pengurusan kantin sekolah dan kiosk kelab guru untuk dhif jemputan. Antara yang hadir memeriahkan majlis adalah AJK PIBG,JKKKK,pegawai-pegawai dari PPD & KKTM berhampiran selain ibubapa & penjaga murid. Kiosk terbaik jatuh kepada Rumah Merah, persembahan terbaik murid adalah pelajar tahun 2 & tahun 4B,persembahan terbaik guru En.Zanovi Mamat & Pn.Fifi Afida sementara bagi kategori guru paling kemas & anggun jatuh kepada Guru Besar En.Mohammed B. Awang & PK Hem Pn.Minah Bt Awang.Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih buat PIBG SKML & semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program pada kali ini... AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 22 September 2011 )
|
|
|
Monday, 12 September 2011 |

12 SEPT-Jawatan Kuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Majlis Restu buat pelajarnya yang bakal menduduki UPSR esok.Program yang diadakan di Dewan Al-Ikhsan dimulakan dengan bacaan doa,diikuti dengan ucapan & bacaan perutusan dari Menteri Besar Terengganu oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang,bacaan perutusan dari Pengerusi J/kuasa Sains Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu oleh GP1 Pn.NorJamnah Bt Keman dan bacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu oleh PK.HEM Pn.Minah Bt Awang.Menyusul selepas itu lafaz ikrar oleh calon-calon UPSR yang diketuai oleh adik Muhammad Haikal Najmi B. Mohd Fitri.Kemuncak program adalah acara bersalam-salaman antara pelajar tahun 6 dengan semua guru diiringi dengan bacaan selawat.Pada majlis itu juga semua pelajar tahun 6 diberikan cenderahati berupa set alat tulis,kismis dan air zam-zam.Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG SKML & orang perseorangan yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.Kepada calon-calon UPSR SKML selamat maju jaya, semoga usaha kita selama ini akan dapat merealisasikan SK Mak Lagam Cemerlang..... AbA..
|
|
|
Program 3R-Elit UPSR 2011 |
|
|
|
|
Saturday, 10 September 2011 |
|

10 SEPT-Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 SK Mak lagam telah mengadakan Program 3R ( Rekreasi,Rehat & Riadah) di Pantai Teluk Mak Nik pagi tadi.Program ini diadakan khas buat pelajar elit SKML yang sebelum ini telah bertungkus-lumus selama 4 hari 3 malam terlibat dengan Program Karang-Kurung sebelum menghadapi peperiksaan UPSR minggu depan.Selain menikmati juadah yang disediakan para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.Selain itu para pelajar berkesempatan mendengar kata-kata semangat & nasihat yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang.Selain guru-guru tahun 6 ,program turut disertai oleh GPK Pentadbiran Pn.Nor Jamnah Bt Keman.Buat pelajar tahun 6 SKML,selamat manghadapi UPSR 2011 & buat yang terbaik bagi merealisasikan SK Mak lagam Cemerlang.... AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 10 September 2011 )
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 6 - 10 dari 152 |