|
Monday, 09 August 2010 |
Rahsia Puasa yang dipetik dari kitab Bahrul Mazi. Disebutkan oleh para alim ulama akan rahsia puasa itu beberapa perkara. Ia dapat diringkaskan seperti dibawah :
1. Menyedikitkan makan dan minum dan mengurangkannya masuk di dalam nikmat kelazatan untuk membezakan kekuatan cara kebinatangan. Ini kerana puasa itu juga akan menyuburkan roh yang ikhlas dan naik tinggi kekuatan ikhlas seumpama malaikat yang dihiaskan mereka itu dengan beberapa sifat yang terpuji.
2. Berperangai orang mukmin pada setengah waktunya dengan beberapa perangai daripada perangai orang yang percaya akan Allah Taala, dan menyerupainya atas kadar seboleh-bolehnya dengan Malaikat yang Muqarabin daripada Allah Taala pada sifatnya yang suci daripada sekalian keinginan nafsu pada menegahkanya dan bersuci daripadanya.
3. Membiasakan dirinya sabar dan tetap hati atas menderita menahan diri daripada mengerjakan segala keperluan hidup yang sebelumnya dihalalkan, seperti makan, minum, berjima’ dengan isteri dan lain-lain kerana orang yang puasa itu memberati dirinya menjauhkan daripada cinta hati yang kuat kepada keduniaan dan mempamerkan sifat sabar yang cemerlang.
4. Mengingatkan hamba dengan sifat kehinaan dan kemiskinan orang lain kerana datangnya perasaan pada pertengahan puasanya berhajat kepada sedikit makanan dan minuman dan berhajat kepada sesuatu yang hina dengan dia.
5. Memelihara dirinya daripada melakukan sebarang dosa.
6. Mentarbiyah orang-orang yang kaya dan berada untuk menolong dan membantu orang-orang fakir, miskin untuk menghindarkan si fakir dan si miskin itu penderitaan akibat dari kelaparan serba kekurangan.
7. Menerangkan hati dan menajamkan fikiran, kerana sabda Nabi SAW “barangsiapa yang lapar perutnya maka lapanglah fikirannya dan teranglah hatinya” dan SabdaNya lagi “ bermula asal penyakit itu dari perut dan berpantang itu adalah asal kepada penawarnya”
Luqman Al-Hakim berkata menasihati anak-anaknya “ wahai anakku apabila penuh perutmu dengan makanan dan cukup kenyangnya nescaya kelamlah fikiranmu, dan tuli hikmatnya dan jadi malas anggota daripada berbuat ibadat, maka kebersihan hati dan kehalusan fakir itu dengan sebab kedua-duanyalah dapat kesedapan munajat dan memberi bekas dengan sebab zikir”. |
|
|
Saturday, 24 July 2010 |
|
 24 JUL-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling serta PIBG SK Mak Lagam telah mengadakan Kem Ceria Pintar buat pelajar tahun 6.Program yang bermula pada 22 ~ 24hb Julai ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar tahun 6 secara sedar & terancang,sekaligus melonjakkan prestasi diri masing-masing.Sepanjang 2 hari 2 malam itu para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan UPSR yang bukan sahaja dikendalikan oleh guru-guru tahun 6 SKML sendiri tetapi juga melibatkan fasilitator yang dijemput khas bagi mengendalikan setiap mata pelajaran.Selain itu slot motivasi juga turut diadakan.Semoga dengan pelbagai usaha dan program yang telah dilaksanakan selama ini prestasi UPSR SK Mak Lagam tahun ini akan meningkat naik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Insyaallah….. AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
|
|
|
Thursday, 15 July 2010 |
 15 JULAI-MGK dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Cikgu Zuriati Mamat tengahari tadi.Berapa ahli MGK telah menjemput Cikgu Zuriati di rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok pada jam 11.45 pagi Rombongan tersebut yang turut diiringi 2 buah motosikal Jaguh dari Roi Club SKML telah selamat tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.30 tengahari dan diberi sambutan bunga manggar & paluan kompang sambil diarak ke Dewan SKML.Pada majlis itu selain ucapan dari GPK1,Pengerusi PIBG,yang diraikan & wakil pelajar, penyampaian cenderahati dan persembahan pelajar turut diadakan.Cikgu Zuriati memulakan perkhidmatannya pada tahun1977di SK.Bukit Mentok sehingga tahun 1983. Di SKRKT Seberang Tayor hingga 1987,SK Kuala Penor sehingga 1990,SK Geliga sehingga 2001 seterusnya menamatkan perkhidmatan di SK Mak Lagam.Bagi pihak warga SKML kami mengucapkan “Selamat bersara & sesungguhnya jasa dan sumbangan anda amat kami hargai….” AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
|
|
|
Tuesday, 29 June 2010 |
|
 29 JUN-Seramai 38 orang pelajar SK Mak Lagam yang terdiri daripada sebahagian pelajar Tahun 6 telah mengadakan lawatan ke SM Elit Mak Lagam pagi tadi.Lawatan ini adalah sempena Program Hari Koperasi & Pameran Ko-Akademik sekolah berkenaan.Sempena program tersebut para pelajar telah berpeluang melawat gerai-gerai pameran dan menyaksikan beberapa persembahan yang diadakan di dataran sekolah berkenaan.Rombongan SKML telah diiringi oleh Pn.Hartini Ab.Rahman & Cik Julia Bt Ali.Syabas & tahniah buat TESMAL..
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 16 July 2010 )
|
|
|
Roi FC lwn Pilihan SK Geliga |
|
|
|
|
Thursday, 24 June 2010 |
|
 23 JUN-Roi FC sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di padang SKML petang kelmarin.Lawan pasukan Roi FC kali ini adalah pasukan pilihan SK Geliga Kemaman.Pasukan Pilihan SK Geliga yang diuruskan oleh En.Mat Sharffiza (Jak) dengan dibantu oleh En.Jamil & Man Cheting berjaya memalukan pasukan Roi Fc dengan 3-0.Difahamkan kekalahan lagi Roi FC kali ini kerana beberapa pemain utamanya tidak dapat beraksi namun begitu ianya tidak mematahkan semangat Roi FC untuk terus beraksi lagi dalam tempoh terdekat ini.Diharap Roi FC membuat sedikit rombakan terhadap pemain sedia ada selepas tamat Kejohanan Piala Dunia nanti dengan menggugurkan pemain yang nampoknya telah sarattt..
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 16 July 2010 )
|
|
|
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 56 - 60 dari 152 |