Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Gotong-royong Perdana Sempena Hari Guru PDF Cetak Emel
Saturday, 15 May 2010


15 MEI - SK Mak Lagam telah mengadakan Gotong-royong Perdana Sempena Hari Guru.Program yang bermula jam 8.30 pagi itu disertai sebahagian pelajar SKML,AJK PIBG dan guru-guru.Antara aktivti yang diadakan adalah menanam pokok di sekitar kawasan sekolah,mengecat pagar dan membersihkan bilik darjah/bilik-bilik khas.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap PK.Kokurikulum SKML En.Mohd Arifin B. Mohd Rani,merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program dan tidak lupa kepada pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) kerana menyumbang anak pokok untuk ditanam pada hari ini.Kepada semua guru di ucapkan Selamat Hari Guru.....

AbA..

 

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 15 May 2010 )
 
Majlis Permuafakatan Dan Hari Temu Mesra UPSR 2010 PDF Cetak Emel
Wednesday, 05 May 2010


05 MEI-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan Majlis Permuafakatan & Hari Temu Mesra UPSR 2010 di Dewan SKML pagi tadi.Majlis dimulakan dengan ucapan GPK1 Pn.Nor Jamnah Bt Keman yang mewakili Guru Besar.Seterusnya pembantangan pencapaian semasa pelajar,sasaran pencapaian  dan perancangan program kecemerlangan UPSR  2010 oleh Penyelaras UPSR SKML En.Mat Zam B. Mamat.Majlis dialog dengan ibubapa/penjaga murid turut diadakan sebelum majlis diteruskan dengan ceramah motivasi oleh En.Aziz B. Ibrahim Kaunselor SMK Chukai yang diundang khas.Sebelum bersurai telah diadakan majlis ringkas suaikenal Tutor Tatee dengan ibubapa/penjaga pelajar yang terlibat.Semoga dengan kerjasama erat ini akan membuahkan hasil yang membanggakan dalam UPSR nanti...

AbA......

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 05 May 2010 )
 
Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Keenam PDF Cetak Emel
Friday, 26 March 2010


26 MAC-PIBG SK Mak Lagam pagi tadi telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali keenam.Masyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Tn.Hj.Wan Abdul Hakim B. Hj Wan Mokhtar yang merupakan ADUN Kawasan Air Putih Kemaman.Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah didedahkan dengan pelbagai info terkini yang disampaikan oleh Pn.Nor Jamnah Bt Keman GPK Kurikulum yang baru sebagai wakil Guru Besar,YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin sebelum ucapan perasmian oleh YB Tuan Hj.Wan Abdul Hakim B. Wan Mokhtar.Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG SKML sesi 2010/2011 beberapa muka baru telah dipilih selain beberapa muka lama yang masih kekal termasuk YDP En.Suhaimi B. Mat Zin yang mengekalkan jawatannya buat penggal kelima berturut-turut.Pada mesyuarat itu beberapa usul telah disampaikan namun hanya dua usul yang telah dibahaskan.

AbA.. 

 
Tahniah SKML PDF Cetak Emel
Tuesday, 23 March 2010


23 MAC- Sekalung tahniah buat pelajar & guru-guru yang terlibat dalam perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasuil Peringkat Daerah Kemaman yang telah diadakan pada 13 Mac 2010 bertempat di Taman Bandar Chukai Kemaman.Pada majlis tersebut SK Mak Lagam telah dipilih sebagai pemenang tempat ketiga bagi Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Pertandingan Perbarisan Terbaik.Hadiah berupa Sijil Penyertaan & wang tunai telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Haji Ahmad Bin Said.

AbA...

 
Selamat Hari Lahir PDF Cetak Emel
Tuesday, 09 March 2010


09 MAC-Kelab Guru & Kakitangan SKML telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir buat guru-guru & kakitangan yang lahir pada bulan Januari & Februari yang lalu. Majlis ringkas ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan memotong kek.Guru-guru & kakitangan yang diraikan kali ini adalah Ustaz Khalid, Pn.Norzila, Pn.Khairuni,Ustazah Rohazimah, Pn.Mawarni,Pn.Nora Ayu,Pn.Suria,En.Mohd Rolly dan Cik Julia. Semoga kalian semua dipanjangkan umur ,dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus memikul tugas dan amanah ini dengan sebaik mungkin..InsyaAllah

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 09 March 2010 )
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 66 - 70 dari 152