Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Sambutan Maulidul Rasul SKML 2010 PDF Cetak Emel
Monday, 08 March 2010

09 MAC-Sambutan Maulidul Rasul peringkat SKML telah berjaya diadakan pagi tadi melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi.Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan selawat sebelum diteruskan dengan perarakan di sekitar kawasan sekolah.Pada majlis itu juga telah diadakan tayangan gambar, ceramah dan pertandingan kuiz disamping pertandingan membuat poster dengan tema " Memantap Ukhuwwah,Memperkasa Ummah " Sebelum bersurai jam 10.00 pagi semua pelajar dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan penganjur.

AbA...

Majlis Perpisahan & Keraian Guru SKML PDF Cetak Emel
Saturday, 20 February 2010

18 FEB-Kelab Guru & Kakitangan SKML telah mengadakan Majlis Perpisahan & Keraian Guru SKML bertempat di kantin sekolah.Majlis ini diadakan bagi menghargai guru-guru SKML yang telah bertukar mulai bulan Januari yang lalu dan mengiratkan perhubungan dengan guru-guru yang baru menjadi warga SKML.Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan dari Pengerusi MGK,ucapan dari GPK Kokurikulum sebagai wakil Guru Besar,seterusnya ucapan dari guru-guru yang diraikan,penyampaian cenderahati dan jamuan makan.Antara guru-guru SKML yang telah bertukar adalah Pn.Aribah Abdullah,Ustaz Rosli Ahmad yang bertukar ke SK Chukai,Pn.Ruzita Kasim yang bertukar ke SK Geliga,En.Adnan A.Rahman bertukar ke SK Pasir Gajah,Pn.Norizam Daud bertukar ke K.Lumpur dan yang terbaru GPK1 En.Shaikh Abd.Naser Abd.Aziz bertukar ke SK Binjai & GPK HEM Pn.Zabidah Sulaiman bertukar ke SK Pusat.Tempat mereka telah diganti oleh Pn.Nur Jamnah Keman dari SK Bukit Kuang sebagai PK1 dan Pn.Minah Awang dari SK Pusat sebagai PK Hem yang baru.Kepada guru-guru baru selamat menjadi warga SKML dan kepada guru-guru yang bertukar selamat bertugas di tempat baru,sesungguhnya jasa & pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan....  

AbA..

Merentas Desa SKML 2010 PDF Cetak Emel
Thursday, 04 February 2010

04 FEB- SK Mak Lagam telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa melibatkan pelajar Tahun 2 hingga 6.Pertandingan yang bermula pada 8.30 pagi melibatkan keseluruhan jarak hampir 3 km mendapat kerjasama baik di kalangan semua guru & pekerja sekolah bagi menjamin keselamatan peserta dan kelancaran program.Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh GPK1 En.Shaikh Abd Naser B. Abd.Aziz & GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Berikut adalah para pemenang Pertandingan Merentas Desa SKML 2010 bagi Tahap II - Tahun 4 : M.Aqib Qayyum Md Zaki & Nurul Ayuni Athirah Mazlan ; Tahun 5 : Khairul Humaizi Mamat & Wan Nurul Fadilah Wan Zaki ; Tahun 6 : Azizi Mohamad & Nor Ain Najwa Azmi.Tahniah kepada semua pemenang..

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 04 February 2010 )
 
Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam SKML Sesi 2010 PDF Cetak Emel
Sunday, 31 January 2010

31 JAN -Seramai 73 orang pelajar telah menerima watikah perlantikan masing-masing sempena Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam Sekolah.Daripada jumlah itu 46 orang adalah Pengawas Perpustakaan & 27 orang adalah Pengawas Nilam Sekolah.Majlis ini telah diadakan serentak dengan Pelancaran Program Nilam & pembukaan perpustakaan sekolah bagi sesi 2010.Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz.Beliau telah mengingatkan para pelajar yang terpilih ini agar menjalankan tugas dengan ikhlas dan mengingatkan semua pelajar agar dapat menggunakan perpustakaan yang ada dengan sebaik mungkin.Pn.Mastura Dunia Guru Perpustakaan dan  Pn.Mastora Mohamad Guru Program Nilam sekolah turut menyampaikan amanat masing-masing. Beberapa hadiah menarik disediakan buat pelajar yang cemerlang dalam Program Nilam pada tahun ini.

AbA...
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 71 - 75 dari 152