Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Pelajar Cemerlang UPSR 09 PDF Cetak Emel
Thursday, 19 November 2009


19 NOV-Seramai 3 orang pelajar SKML berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan hari ini.Ianya adalah lebih baik dari tahun sebelumnya di mana hanya 2 orang pelajar mendapat 5A.Mereka yang berjaya adalah adik Nurul Nashirah Nailah Bt Abd.Manaf, adik Anis Najiha Bt Abd.Rahim dan adik Nur Farrah Nabila Bt Abd.Wahab. Sementara itu 6 orang pelajar mendapat 4A 1B dan 5 orang pelajar mendapat 3A 2B.Kebanyakkan mereka gagal memperolehi A dalam mata pelajaran Science dan Bahasa Inggeris.Analisa penuh UPSR 2009 berbanding UPSR 2008 boleh dilihat pada item Analisa di bawah..

AbA..

 
Hari Anugerah Kecemerlangan 09 PDF Cetak Emel
Wednesday, 18 November 2009


18 NOV-SK Mak Lagam telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan di dewan sekolah itu pagi tadi. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah disempurnakan oleh YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin. GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz yang mewakili Guru Besar mengharapkan program tahunan yang juga acara kemuncak pada tahun ini akan menjadi peransang kepada para pelajar untuk terus mencipta kecemerlangan.Beberapa kategori hadiah telah disediakan seperti Hadiah Kecemerlangan Akademik,Hadiah Terbaik Keseluruhan,Hadiah Mata Pelajaran Terbaik,Hadiah Kehadiran Penuh ke Sekolah,Anugerah Murid Cemerlang KIA2M,Anugerah Akhlak Cemerlang,Akademik Cemerlang & Kokurikulum Cemerlang.Adik Amier Azamudin B. M.Zunaidi dan adik  Nurul Nashirah Nailah Bt Abd. Manaf telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2009.Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar tahap I & tahap II.Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang telah berjaya.....

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 18 November 2009 )
 
Majlis Makan Malam & Jamuan Perpisahan MGK PDF Cetak Emel
Wednesday, 18 November 2009


17 NOV-Majlis Guru & Kakitangan SKML telah menganjurkan Majlis Makan Malam & Jamuan Perpisahan di Suria Beach Resort Cherating malam tadi.Majlis yang bermula pada jam 8.30 p.m itu dimulakan dengan ucapan GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz yang mewakili Guru Besar dan diteruskan dengan ucapan dari Pemangku Pengerusi MGK En.Osmanullrazi B. Abdullah dan tidak dilupakan rakan seperjuangan yang diraikan En.Mohd Shah Rizal B. Abu Bakar.Majlis turut disertai oleh YDP PIBG SKML En.Suhaimi B. Mat Zin. Selain jamuan makan acara cabutan nombor bertuah turut diadakan.Beberapa orang guru yang bernasib malang dalam acara yang sama sebelum ini telah mengondol hadiah dan hamper istimewa.En.Osmanullrazi yang mewakili MGK merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada para penaja hadiah & hamper..Semoga tahun hadapan lebih banyak hadiah & hamper yang lebih menarik..Amin !

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 18 November 2009 )
 
Lawatan Ke Kuala Terengganu PDF Cetak Emel
Sunday, 15 November 2009

15 NOV-Jawatankuasa Rimup dengan kerjasama Unit Bimbingan SKML telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu pada 11hb Nov yang lalu. Rombongan tersebut diketuai oleh  Cikgu Mat Zam B. Mamat,sementara Cikgu Azahar, Cikgu M.Azlinor, Cikgu Hartini & Cikgu Norizam bertindak sebagai guru pengiring. Seramai 35 orang pelajar tahun 6 telah menyertai lawatan tersebut.Antara tempat-tempat yang dilawati dalam program sehari itu adalah Plenetarium/Pusat Sains di TTC, Muzium di Losong dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan rasa bangga kerana bukan saja dapat melihat Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tetapi juga dapat mengerjakan solat di Masjid tersebut...

AbA...
 
Temasya Sukaneka SKML 09 PDF Cetak Emel
Tuesday, 10 November 2009

10 NOV-Unit kokurikulum SKML telah berjaya mengadakan Temasya Sukaneka di Padang SKML pada hari ini.Temasya yang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang dimulakan dengan perbarisan setiap rumah sukan diikuti dengan bacaan ikrar sukan.Temasya sukan pada hari ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Mak Lagam En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai acara sukaneka telah disusun melibatkan pelajar pra sekolah hingga tahun 6.Acara melibatkan ibu bapa pelajar dan guru-guru SKML juga disediakan seperti mengayam ketupat dan acara tarik tali.Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Kepada para pelajar yang berjaya mendapat hadiah,syabas & tahniah diucapkan begitu juga dengan rumah sukan yang berjaya menjadi johan..Rumah hijau jangan putus asa,lain tahun cuba lagi....

AbA....
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 76 - 80 dari 152