Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Jamuan Akhir Tahun Pengakap SKML 09 PDF Cetak Emel
Sunday, 08 November 2009

08 Nov - Pengerakan Pengakap SKML telah mengadakan Jamuan Akhir Tahunnya bertempat di kantin sekolah tengahari tadi.Majlis yang bermula pada jam 12.15 tengahari itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi pergerakan itu En.Che Mohd Rosli B. Che Yusof.Perasmian telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Pada majlis ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik minggu kerja pengakap 2009.Sebelum jamuan makan sesi bergambar antara pemimpin dan semua ahli pergerakan pengakap telah diadakan sebagai kenang-kenangan..Syabas & tahniah buat pergerakan pengakap SKML

AbA...
 
Kejohanan Futsal Padang Tertutup Tahun 6 PDF Cetak Emel
Sunday, 01 November 2009


28 OKT-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKML telah menganjurkan Kejohanan Futsal Padang Tertutup melibatkan pelajar Tahun 6.Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti selepas peperiksaan UPSR.Kejohanan yang bermula pada 26 hingga 28hb Oktober yang lalu melibatkan beberapa pasukan yang telah menamakan pasukan mereka mengikut nama pasukan bola sepak ternama dunia dan dibimbing oleh beberapa orang guru yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan masing-masing.Pada kejohanan kali ini Pasukan Real Madrid dibawah pengurusan En.Jamani Shukor telah berjaya menjadi johan, manakala Pasukan Inter Milan dibawah pengurusan En.Mat Zam Mamat menjadi naib johan dan tempat ketiga Pasukan Bayern Munich dibawah pengurusan En.Che Mohd Rosli Che Yusof.Tahniah kepada yang berjaya...

AbA..

 

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 01 November 2009 )
 
Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan PDF Cetak Emel
Sunday, 01 November 2009

24 OKTOBER - Jawatankuasa Induk Latihan Dalam Perkhidmatan SKML sekali lagi berjaya mengadakan kursus bagi semua guru & kakitangannya.Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan ini bermula pada 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat SKML telah dikendalikan oleh En.Azman Bin Mamat Ketua Pembantu Tadbir. Sepanjang kursus tersebut guru-guru telah didedahkan tentang cara penerimaan aset, cara merekod, cara penyimpanan & pergerakan harta modal & inventori.En.Shaikh Abd.Naser Bin Abd Aziz, PK1 SKML dalam ucapan majlis perasmian penutup merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap matlamat program untuk melahirkan pendidik yang cemerlang dan gemilang akan tercapai.

AbA...
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 01 November 2009 )
 
Salam Aidil Fitri PDF Cetak Emel
Thursday, 17 September 2009


17 SEPT- Menjelang Sambutan Hari Raya yang bakal tiba,pihak sekolah telah mengadakan Majlis Salam Aidil Fitri di Dewan SKML tengahari tadi.Pada majlis itu Guru Besar & GPK HEM SKML telah menyampaikan ucapan dan peringatan kepada seluruh warga SKML sempena Hari Raya yang bakal menjelang.Semua pelajar yang hadir telah mengambil peluang bersalaman & bermaaf-maafan dengan semua guru dan mereka juga telah diberikan sedikit sumbangan duit raya.Anak-anak yatim juga tidak dilupakan. Sumbangan duit raya & hadiah untuk anak-anak yatim adalah dibiayai sepenuhnya oleh guru-guru SKML hasil kutipan derma yang dibuat sebelumnya.Tahniah & terima kasih buat seluruh warga SKML..

AbA..

 
Majlis Berbuka Puasa Roi' Club PDF Cetak Emel
Wednesday, 09 September 2009


09 SEPT- Roi' Club telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Anjung Pak Nan bandar Chukai malam tadi.Majlis yang dihadiri sebahagian ahli baru & lama ini sedikit sebanyak telah dapat mengubat kerinduan ahli setelah agak lama Roi' Club sepi dari sebarang aktiviti pada tahun ini.Menurut Kapten Club En.Mohd Azlinor Mat Yahya, walaupun Roi' Club agak kurang aktif kebelakangan ini tetapi beliau bersyukur kerana masih mendapat sokongan & kerjasama ahli setiap kali mengadakan aktiviti sebegini.Pada majlis yang merupakan aktiviti tahunan ini juga para ahli yang telah bertukar turut diraikan iaitu En.Muhamad Shah Rizal B. Abu Bakar.GPK Kokurikulum En.M.Ariffin B. Mat Rani telah sudi menyampaikan cenderahati bagi pihak Roi' Club kepada ahli yang diraikan.bagi pihak Roi' Club,kami mengucapkan Selamat Berpuasa & Hari Raya kepada seluruh warga SKML dan tidak lupa kepada semua bekas ahli walau dimana jua berada.Selamat maju jaya & hidup Roi' Club..

AbA...

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 09 September 2009 )
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 81 - 85 dari 152