Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML
INFO SKML
Majlis Berbuka Puasa MGK PDF Cetak Emel
Wednesday, 02 September 2009


02 SEPTEMBER-Majlis Guru & Kakitangan SKML telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di dewan sekolah.Program ini merupakan aktiviti tahunan MGK bagi tujuan merapatkan hubungan antara ahli & keluarga mereka.Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Saiful B. Ibrahim dari SK Kampung Tengah Kemaman.Tepat jam 7.15 p.m semua jemputan menikmati juadah yang disediakan sebelum melaksanakan solat maghrib di surau sekolah. Menurut Pemangku Pengerusi MGK En.Osmanullrazi B. Abdullah,beliau bersyukur kerana dapat juga mengadakan majlis ini walaupun ada sebahagian ahli yang tidak dapat hadir dan beliau tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

AbA..

 
Kem Tutorial UPSR SKML09 PDF Cetak Emel
Tuesday, 01 September 2009


16 OGOS - Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Kem Tutorial UPSR peringkat SKML mulai 13 hingga 15 Ogos 2009.Sepanjang 3 hari 2 malam para pelajar Tahun 6 telah didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan dan teknik-teknik menjawab oleh fasilitator yang diundang khas untuk menjayakan program ini.Menurut GPK1-En.Shaikh Abd.Naser program ini adalah merupakan program tambah nilai setelah guru-guru mengenalpasti kekelemahan pelajar dalam Ujian Percubaan UPSR yang baru lalu.Semoga program ini akan dapat meningkatkan lagi pencapaian UPSR SK.Mak Lagam 2009.Penyelaras UPSR En.Mat Zam Mamat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

AbA.. 

 
Perkhemahan Jati Diri Badan-Badan Beruniform kali Ke-3 SKML 2009 PDF Cetak Emel
Saturday, 08 August 2009


08 OGOS-Unit Kokurikulum SKML telah mengadakan Perkhemahan Jati Diri Badan-Badan Beruniform Kali Ke-3 bermula pada 06 hingga 08 Ogos 2009 bertempat di padang SKML.Perkhemahan yang disertai oleh 100 pelajar ini terdiri dari ahli Pergerakan Pengakap,Pergerakan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.Perkhemahan tahunan ini merupakan acara kemuncak dalam unit beruniform.Melalui program ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama,setiakawan,menyemai disiplin,sifat sabar dan yakin kepada kebolehan diri di samping menjadikan sekolah sebagai suatu institusi yang menarik. Sepanjang 2 hari 3 malam para peserta telah menyertai aktiviti latihan dalam kumpulan,kelawar malam di samping pertandingan kawad kaki, explorece, memasak, larian komando & persembahan malam bakat.Jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua guru & kakitangan sekolah yang telah memberi kerjasama sepanjang perkhemahan ini.

AbA.. 

 
Bola Jaring Bawah 11 Tahun PDF Cetak Emel
Monday, 03 August 2009


03 Ogos-Sekalung tahniah buat pasukan Bola Jaring Bawah 11 tahun SKML kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Karnival Bola Jaring MSSM Kemaman 2009.Karnival berkenaan telah diadakan pada 27.07.09 yang lalu di padang SMK Sultan Ismail II.En.Ariffin B. Mat Rani PK Kokurikulum SKML berharap kejayaan ini akan memberi semangat kepada pengurus pasukan dan barisan jurulatih untuk giatkan usaha agar pasukan yang baru dibentuk ini akan lebih menyerlah pada tahun hadapan. 

AbA.. 

 
Kem Ujian Pengakap Daerah Kemaman PDF Cetak Emel
Saturday, 25 July 2009


25 JULAI -Seramai 8 orang pelajar SKML yang terdiri dari pelajar Tahun 4 & 5 telah menyertai Kem Ujian  Pengakap anjuran  Pergerakan Pengakap Daerah  Kemaman.Perkhemahan bermula pada 23 hingga 25 Julai ini telah diadakan di Tapak Perkhemahan TATI Kemaman.Sepanjang 3 hari 2 malam para peserta telah diuji dan didedahkan dengan pelbagai  kemahiran & pengetahuan bagi melayakkan peserta mendapat  Lencana  Keris  Perak  & Lencana Keris  Emas. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman.

AbA.. 

 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>

Keputusan 86 - 90 dari 152