|
|
Wednesday, 17 June 2009 |
|
.jpg) 17JUN-Di permulaan sesi persekolahan penggal II ini,SKML telah dikejutkan dengan pertukaran dua orang gurunya iaitu En.Lokman B. Yahaya yang telah bertukar ke SK.Pusat Jerteh dan En.Mohd Shah Rizal B. Abu Bakar yang telah beralih arah ke Pusat Kegiatan Guru Binjai sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan. En.Lokman adalah Pengerusi MGK SKML sesi 2008/09 dan beliau bukan sahaja berjaya memimpin MGK tetapi juga telah memberi sumbangan bermakna dalam akademik dan kokurikulum. Sementara En.Mohd Shah Rizal bukan sahaja seorang yang aktif dalam sukan hoki dan badminton di peringkat jabatan tetapi juga pakar dalam ICT.Kehadirannya telah meletakkan SKML selangkah ke hadapan dalam ICT dengan kewujudan website ini.Kepada mereka,kami di SKML mengucapkan syabas dan tahniah,semoga maju jaya di tempat baru.Segala budi baik kalian dalam ingatan..
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 18 June 2009 )
|
|
|
Sambutan Hari Guru SKML 09 |
|
|
|
|
Sunday, 17 May 2009 |
|
 17 MEI - SK.Mak Lagam telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Sambutan yang bermula pada pukul 8.00 a.m di Dewan SKML didahului dengan acara bacaan perutusan oleh guru-guru penolong kanan, nyanyian lagu Guru Malaysia & lagu patriotik oleh guru-guru SKML diikuti dengan persembahan berupa deklamasi sajak, koir dan tarian oleh pelajar-pelajar.Sambutan diteruskan dengan acara sukaneka mengikut kumpulan guru yang telah ditetapkan.Cabutan bertuah juga telah diadakan dikalangan guru & kakitangan sekolah.Acara kemuncak adalah penyampaian anugerah beberapa kategori yang telah ditetapkan dan diadili oleh para pelajar sendiri.Anugerah Guru Popular disandang oleh Cikgu M.Azlinor,.Anugerah Guru Baik Hati jatuh kepada Cikgu Hartini,.Anugerah Guru Paling Bergaya pula dirangkul oleh Cikgu Mat Zam,.Anugerah Guru Paling Cakna Cikgu Norizam dan Guru Yang Paling Disayangi jatuh kepada Cikgu Fatimah Muda.Seluruh warga pendidik SKML merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua dermawan yang telah menghulurkan sumbangan bagi menjayakan sambutan tahun ini terutama sekali kepada YB.Ahli Parlimen Kemaman.
AbA.. |
|
|
Pendidikan Pencegahan Dadah |
|
|
|
|
Tuesday, 28 April 2009 |
|
 26 APRIL - Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) bertempat di Dewan SKML.Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Unit Dadah PPD Kemaman En.Hanafi B. Abd.Aziz.Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut antaranya bacaan ikrar Pintar oleh pelajar SKML, Pameran PPDa & tayangan filem, Ceramah oleh Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan ( AADK ) En.Rahama B. Abd.Razak, kuiz dan persembahan murid.Pn.Zabidah Bt Sulaiman PK Hem SK.Mak Lagam merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kali dan berharap ianya dapat dijadikan program tahunan.
AbA... |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 28 April 2009 )
|
|
|
Tuesday, 28 April 2009 |
|
 25 APRIL - Jawatankuasa Induk Latihan Dalam Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus Bestari Komputer bagi semua guru-guru SKML.Kursus berkenaan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang diadakan di bilik mesyuarat sekolah tersebut.Kursus ini adalah kursus pertama daripada empat siri kursus yang dirancang pada tahun ini.Menurut Setiausaha Jawatankuasa LDP SKML Pn.Nora Ayu Bt Hamat,kursus ini adalah kursus dalam perkhidmatan berasaskan sekolah yang berhasrat melahirkan pendidik yang cemerlang melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang.Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh guru pakar komputer SKML iaitu En.Osmanullrazi B. Abdullah dan En.Mohd Rolly B. Ami.
AbA... |
|
|
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 91 - 95 dari 152 |