|
Sambutan Maulidur Rasul 1430H |
|
|
|
|
Tuesday, 07 April 2009 |
|
 07 APRIL - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya diadakan di Dewan SKML pagi tadi.Program yang bermula pukul 8.00 pagi itu didahului dengan acara perarakan & selawat yang dipimpin oleh Ustaz Rosli & En.Che M.Rosli. sebelum disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Saiful B. Ibrahim.Beberapa acara lain turut diadakan seperti pertandingan membuat poster, mewarna dan pertandingan nasyid.Menurut Penyelaras Program Pn.Kamariah Bt Awang sambutan kali ini diadakan serentak dengan aktiviti bulan dakwah.Beliau merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
AbA.. |
|
|
Kem Motivasi Jati Diri UPSR 09 |
|
|
|
|
Saturday, 04 April 2009 |
|
 04 APRIL - Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah berjaya menganjurkan Kem Motivasi Jati Diri UPSR mulai 02 hingga 04 April 2009.Menurut penyelaras program En.Mat Zam B. Mamat,program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani,rohani,emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2009.Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari 2 malam itu antaranya LDK, tayangan video, bengkel, ceramah & tazkirah.Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan B. Abdullah.Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKML yang terlibat dalam menjayakan program ini..
AbA.. |
|
|
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-5 |
|
|
|
|
Sunday, 29 March 2009 |
|

27 MAC - PIBG SKML telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali ke-5 di Dewan SK.Mak Lagam mulai jam 8.30 am.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan B. Abdullah.Dalam pemilihan jawatankuasa 2009/10, Yang Dipertua PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin dan timbalannya En.Suhaimi B. Ismail berjaya mengekalkan jawatan masing-masing sementara AJKnya pula terdiri dari 4 orang muka baru dari 6 orang yang telah dipilih menganggotai jawatankuasa kali ini.Beberapa usul juga telah dikemukakan untuk dibahas dan dipersetujui antaranya adalah mengenai kadar bayaran persekolahan sesi 2009. AbA.. |
|
|
Sunday, 08 March 2009 |
|
 08 MAC - SK Mak Lagam telah mengadakan kursus Eduwebtv untuk semua guru-guru SKML.Kursus berkenaan dikendalikan oleh Guru Media SKML En.Muhammad Shah Rizal B. Abu Bakar.Melalui kursus ini para guru telah didedahkan bagaimana hendak mengaplikasikan Portal EDUWEBTV.COM sebagai salah satu sumber pengajaran & pembelajaran di bilik darjah.
AbA... |
|
|
Program Kepimpinan & Watikah Perlantikan Pengawas 2009 |
|
|
|
|
Tuesday, 24 February 2009 |
|
 24 FEB-Badan Disiplin & Pengawas serta Unit Bimbingan & Kaunseling SKML dengan kerjasama Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Daerah Kemaman telah menganjurkan Program Kepimpinan & Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2009.Majlis yang bermula pada jam 8.30 am di Dewan SK.Mak Lagam telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan & Intergrasi Nasional Daerah Kemaman Cik Aslinda Hariani Bt Zaid.Sementara ceramah kepimpinan telah disampaikan oleh Sarjan Zulkifli B. Jidin dari IPD Kemaman.Beliau juga turut menyampaikan watikah perlantikan kepada 39 orang pengawas sekolah bagi sesi 2009.Menurut Penyelaras Program En.Mohd Azlinor B. M.Yahya,beliau bersyukur kerana telah berjaya menganjurkan program yang julung kali diadakan ini dan tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
AbA.. |
|
|
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 96 - 100 dari 152 |