Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow AKADEMIK
AKADEMIK
Sambutan Hari Guru SKML 2012 PDF Cetak Emel
Wednesday, 16 May 2012

16 MEI-Sambutan Hari Guru Peringkat SKML telah diadakan di Dewan Al-Ehsan pagi tadi.Majlis dimulakan dengan bacaan doa,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar En.Mohammed B. Awang seterusnya bacaan perutusan oleh guru-guru penolong kanan.Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru dan nyanyian 3 buah lagu.
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 17 May 2012 )
Baca lagi...
 
Program Tunas Ilmu Dan Kecemerlangan UPSR SK Mak Lagam Bersama APMT 2012 PDF Cetak Emel
Monday, 14 May 2012

14 MEI-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Mak Lagam telah mengadakan Program Tunas Ilmu & Kecemerlangan Diri Murid UPSR 2012 bersama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bertempat D'Pengkalan Nature & Lodge,Rantau Abang mulai 12 hingga 14 Mei.
Terakhir dikemaskini ( Monday, 14 May 2012 )
Baca lagi...
 
Ceramah Motivasi Keibu Bapaan & Murid UPSR 2012 PDF Cetak Emel
Thursday, 10 May 2012
10 MEI-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SK Mak Lagam telah mengadakan Ceramah Motivasi Keibu Bapaan dan Murid UPSR 2012 di Dewan Al-Ehsan pagi tadi.Program ini merupakan sebahagian agenda kecemerlangan yang dilaksanakan setelah mengambil kira tahap dan keupayaan pelajar.Antara objektif utama program adalah untuk berkongsi idea bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan merapatkan hubungan ibu bapa dengan guru.Tuan Guru Besar En.Mohammed B. Awang, dalam ucapan aluannya melahirkan kekecewaan dengan kehadiran ibubapa & penjaga yang sangat tidak memuaskan sekali gus menjejaskan program yang dirancang disamping matlamat untuk mewujudkan budaya cakna  & perihatin terhadap anak-anak tidak mencapai sasaran yang diharapkan.Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En.Abdul Aziz B. Ibrahim-Kaunselor SMK Chukai.
 
AbA...
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 10 May 2012 )
 
Smart English Competition PDF Cetak Emel
Monday, 30 April 2012

30 APRIL-Panitia Bahasa Inggeris SKML telah mengadakan 'Smart English Competition- School Level' di Dewan Al-Ikhsan pagi tadi.Pelancaran program telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En.Mohammed B. Awang.Dalam ucapannya beliau berharap agar dengan adanya program sebegini akan dapat meningkatkan keyakinan & pengatahuan pelajar dalam Bahasa Inggeris.Antara aktiviti yang telah diadakan 'silent Reading, reading aloud, spelling, aural oral comprehension,group dictation,retell story and action song'..Sekalung tahniah buat pelajar & guru-guru yang terlibat dalam program kali ini...
 
AbA...
Terakhir dikemaskini ( Monday, 30 April 2012 )
 
Program Perpustakaan Desa Jelajah Ke Sekolah PDF Cetak Emel
Tuesday, 17 April 2012

17 APRIL-Pusat Sumber SKML dengan kerjasama Perpustakaan Desa PNM Zon 11 telah mengadakan Program Jelajah Ke sekolah Bersama Perpustakaan Desa di Dewan Al-Ikhsan SK Mak Lagam.Program ini merupakan salah satu langkah bagi mempromosi perkhidmatan perpustakaan desa zon 11 selain meningkatkan kepenggunaan dan keahlian perpustakaan.Perpustakaan desa PNM zon 11 adalah terdiri dari Perpustakaan Desa Kg.Darat Kijal, Perpustakaan Desa Kg Bukit Kuang, Perpustakaan Masjid Geliga & Perpustakaan Desa Kg Paya Berenjut.Sepanjang program beberapa aktiviti telah diadakan antaranya uji minda,bermain kejutan elektrik,bermain super blok selain pameran & pendaftaran ahli baru buat pelajar,guru-guru dan kakitangan sekolah.
 
AbA.. 
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 17 April 2012 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 dari 165