Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow AKADEMIK
AKADEMIK
Program 3R-Elit UPSR 2011 PDF Cetak Emel
Saturday, 10 September 2011

10 SEPT-Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 SK Mak lagam telah mengadakan Program 3R ( Rekreasi,Rehat & Riadah) di Pantai Teluk Mak Nik pagi tadi.Program ini diadakan khas buat pelajar elit SKML yang sebelum ini telah bertungkus-lumus selama 4 hari 3 malam terlibat dengan Program Karang-Kurung sebelum menghadapi peperiksaan UPSR minggu depan.Selain menikmati juadah yang disediakan para peserta berpeluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.Selain itu para pelajar berkesempatan mendengar kata-kata semangat & nasihat yang disampaikan sendiri oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang.Selain guru-guru tahun 6 ,program turut disertai oleh GPK Pentadbiran Pn.Nor Jamnah Bt Keman.Buat pelajar tahun 6 SKML,selamat manghadapi UPSR 2011 & buat yang terbaik bagi merealisasikan SK Mak lagam Cemerlang....
 
AbA.. 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 10 September 2011 )
 
Majlis Solat Hajat Perdana UPSR PDF Cetak Emel
Saturday, 10 September 2011

10 SEPT-PIBG SK Mak Lagam dengan kerjasama Kelab Guru SKML telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana di Dewan Al-Ikhsan pada 08hb September yang lalu.Majlis disertai oleh para ibu,bapa,penjaga,guru-guru & kakitangan sekolah serta pelajar Tahun 6.Program dimulakan dengan solat maghrib,solat hajat diikuti dengan bacaan yassin selain tazkirah yang diampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi B.Salleh.Selepas solat Isyak para tetamu menikmati jamuan ringan yang disediakan.Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga yang sudi hadir bagi menjayakan program tersebut.Semoga  SKML terus mencipta kecemerlangan dalam UPSR tahun ini,insyaallah.. 
 
AbA..
 
Program Bebas Denggi -Pengakap SKML 2011 PDF Cetak Emel
Thursday, 08 September 2011

08 SEPT-Pergerakan Pengakap SK Mak Lagam bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman (Unit Kawalan Vektor) telah mengadakan satu program berkaitan bahaya denggi di sekolah ini pada 6 September 2011. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli pengakap tentang aspek keselamatan yang perlu diambil berhubung pencegahan denggi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pameran Denggi dan Nyamuk Aedes, Taklimat Program Bebas Denggi Pengakap Sekolah oleh En Wan Mustafa Kamal bin Wan Abdullah - Pengawai Kesihatan Persekitaran, Ceramah Situasi Denggi Semasa dan Kawalan Demam Denggi oleh En Mohd Yusof bin Mansor - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Demostrasi Aktiviti "Search and Destroy" dan lawatan ke lapangan. Akhir program, semua peserta menjamu selera sekaligus meraikan Sambutan Hari Raya bersama kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman. Ketua Pemimpin Pengakap SK Mak Lagam, En Jamani Shukor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat...
 
AbA...
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 08 September 2011 )
 
Ilya' Ramadhan 1432H PDF Cetak Emel
Sunday, 28 August 2011

28 OGOS-Panitia Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Program Ilya' Ramadhan di Dewan Al-Ikhsan pada 25hb Ogos yang lalu.Program itu telah diserikan dengan ceramah agama oleh penceramah jemputan dan khatam al-quran.Selain itu diadakan juga majlis penyampaian bantuan hari raya buat pelajar miskin & anak yatim.Kemuncak program adalah penyampaian duit raya kepada semua pelajar sambil bersalam-salaman dengan seluruh warga SKML.Jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua dermawan dan orang perseorangan yang terlibat dalam menjayakan program ini.Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan..

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 28 August 2011 )
 
Hari Permuafakatan Murni Ibubapa/Penjaga Murid Linus PDF Cetak Emel
Friday, 29 July 2011

28 JULAI-Jawatankuasa LINUS SK Mak Lagam telah mengadakan Hari Permuafakatan Murni bersama ibubapa & penjaga murid LINUS Tahun 1 dan 2 di Dewan Al-Ikhsan SKML.Program yang dirasmikan oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang itu antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada para ibubapa/penjaga murid yang terlibat tentang Program Linus,komponen-komponen terlibat dan konstruk yang diukur.Selain sesi taklimat diadakan juga sesi perbincangan & soal-jawab.Diharapkan dengan kerjasama semua pihak matlamat semua murid menguasai asas literasi dan numerasi setelah tiga tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 tercapai.Namun pihak sekolah berasa agak terkilan dengan sambutan para ibubapa/penjaga yang tidak menggalakkan setiap kali program-program sebegini diadakan.Keadaan ini tentunya menjejaskan hasrat untuk Merealisasikan SK Mak Lagam Cemerlang.....

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Friday, 29 July 2011 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Keputusan 10 - 18 dari 152