|
|
Lawatan Ke Kuala Terengganu |
|
|
|
|
Sunday, 15 November 2009 |
 15 NOV-Jawatankuasa Rimup dengan kerjasama Unit Bimbingan SKML telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu pada 11hb Nov yang lalu. Rombongan tersebut diketuai oleh Cikgu Mat Zam B. Mamat,sementara Cikgu Azahar, Cikgu M.Azlinor, Cikgu Hartini & Cikgu Norizam bertindak sebagai guru pengiring. Seramai 35 orang pelajar tahun 6 telah menyertai lawatan tersebut.Antara tempat-tempat yang dilawati dalam program sehari itu adalah Plenetarium/Pusat Sains di TTC, Muzium di Losong dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan rasa bangga kerana bukan saja dapat melihat Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tetapi juga dapat mengerjakan solat di Masjid tersebut...
AbA... |
|
|
Tuesday, 10 November 2009 |
 10 NOV-Unit kokurikulum SKML telah berjaya mengadakan Temasya Sukaneka di Padang SKML pada hari ini.Temasya yang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang dimulakan dengan perbarisan setiap rumah sukan diikuti dengan bacaan ikrar sukan.Temasya sukan pada hari ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Mak Lagam En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai acara sukaneka telah disusun melibatkan pelajar pra sekolah hingga tahun 6.Acara melibatkan ibu bapa pelajar dan guru-guru SKML juga disediakan seperti mengayam ketupat dan acara tarik tali.Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Kepada para pelajar yang berjaya mendapat hadiah,syabas & tahniah diucapkan begitu juga dengan rumah sukan yang berjaya menjadi johan..Rumah hijau jangan putus asa,lain tahun cuba lagi....
AbA.... |
|
|
Jamuan Akhir Tahun Pengakap SKML 09 |
|
|
|
|
Sunday, 08 November 2009 |
 08 Nov - Pengerakan Pengakap SKML telah mengadakan Jamuan Akhir Tahunnya bertempat di kantin sekolah tengahari tadi.Majlis yang bermula pada jam 12.15 tengahari itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi pergerakan itu En.Che Mohd Rosli B. Che Yusof.Perasmian telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Pada majlis ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik minggu kerja pengakap 2009.Sebelum jamuan makan sesi bergambar antara pemimpin dan semua ahli pergerakan pengakap telah diadakan sebagai kenang-kenangan..Syabas & tahniah buat pergerakan pengakap SKML
AbA... |
|
|
Kejohanan Futsal Padang Tertutup Tahun 6 |
|
|
|
|
Sunday, 01 November 2009 |
|
 28 OKT-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKML telah menganjurkan Kejohanan Futsal Padang Tertutup melibatkan pelajar Tahun 6.Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti selepas peperiksaan UPSR.Kejohanan yang bermula pada 26 hingga 28hb Oktober yang lalu melibatkan beberapa pasukan yang telah menamakan pasukan mereka mengikut nama pasukan bola sepak ternama dunia dan dibimbing oleh beberapa orang guru yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan masing-masing.Pada kejohanan kali ini Pasukan Real Madrid dibawah pengurusan En.Jamani Shukor telah berjaya menjadi johan, manakala Pasukan Inter Milan dibawah pengurusan En.Mat Zam Mamat menjadi naib johan dan tempat ketiga Pasukan Bayern Munich dibawah pengurusan En.Che Mohd Rosli Che Yusof.Tahniah kepada yang berjaya...
AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 01 November 2009 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 91 - 99 dari 165 |