Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow AKADEMIK
AKADEMIK
Program Kepimpinan & Watikah Perlantikan Pengawas 2009 PDF Cetak Emel
Tuesday, 24 February 2009


24 FEB-Badan Disiplin & Pengawas serta Unit Bimbingan & Kaunseling SKML dengan kerjasama Jabatan Perpaduan & Intergrasi Nasional Daerah Kemaman telah menganjurkan Program Kepimpinan & Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2009.Majlis yang bermula pada jam 8.30 am di Dewan SK.Mak Lagam telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan & Intergrasi Nasional Daerah Kemaman Cik Aslinda Hariani Bt Zaid.Sementara ceramah kepimpinan telah disampaikan oleh Sarjan Zulkifli B. Jidin dari IPD Kemaman.Beliau juga turut menyampaikan watikah  perlantikan kepada 39 orang pengawas sekolah  bagi sesi 2009.Menurut Penyelaras Program En.Mohd Azlinor B. M.Yahya,beliau bersyukur kerana telah berjaya menganjurkan program yang julung kali diadakan ini dan tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

AbA.. 

 
Majlis Pemuafakatan & Temumesra UPSR 09 PDF Cetak Emel
Thursday, 19 February 2009


19 FEB-Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK.Mak Lagam telah menganjurkan Majlis Permuafakatan & Temumesra antara ibubapa, pelajar-pelajar Tahun 6 dan guru-guru SKML.Program ini diadakan bagi  memupuk semangat dan kerjasama antara ibubapa pelajar yang bakal menduduki UPSR 2009 dengan pihak sekolah.Dalam majlis ini ibubapa/penjaga murid telah didedahkan dengan pencapaian semasa pelajar , sasaran yang hendak dicapai dalam UPSR 2009, kerjabuat untuk mencapai sasaran dan sesi dialog.Majlis ini turut disertai oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan Abdullah dan Pengerusi PIBG En.Suhaimi Mat Zin.Program sebegini diharap akan dapat diteruskan lagi dengan penyertaan ibubapa/penjaga pelajar yang lebih memberansangkan.

AbA... 

 

 
Sambutan Maal Hijrah 1430 PDF Cetak Emel
Sunday, 01 February 2009


01 FEB-Panitia Agama Islam SKML telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah.Ianya telah dirasmikan oleh Guru Besar SKML En.Che Ruslan B. Abdullah.Antara aturcara program adalah bacaan selawat yang dipimpin oleh En.Che Rosli, bacaan ayat suci Al-Quran & terjemahan, persembahan nasyid oleh pelajar Tahun 4 Arif dan kuiz terbuka.Acara kemuncak adalah Ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Azam B. Azman dari SK Binjai.Pn.Ruzita Kasim mewakili jawatankuasa penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

AbA... 

 
Majlis Perpisahan Guru SKML PDF Cetak Emel
Friday, 30 January 2009


29 Jan-MGK SK.Mak Lagam telah mengadakan suatu majlis bagi mengenang jasa dan pengorbanan ahli yang telah bertukar dari SKML mulai sesi 2009 yang lalu.Mereka adalah En.Azman B. Sulaiman yang bertukar ke SK Geliga, Pn.Radziana Bt Sulong juga bertukar ke SK.Geliga dan Pn.Rahimah Bt Jamil yang bertukar ke SK.Pusat Kemaman.Pada majlis itu En.Lokman B. Yahaya yang juga Pengerusi MGK melahirkan rasa terharu di atas kehilangan guru-guru berkenaan namun terpaksa akur kerana sebagai kakitangan kerajaan pertukaran sebegini adalah perkara biasa.Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan guru-guru berkenaan sepanjang di SKML dan berharap dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.Pada majlis itu juga beliau telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati kepada guru-guru yang terlibat sebagai kenang-kenangan dari MGK SK.Mak Lagam

AbA.. 

 
Khasiat Taugeh PDF Cetak Emel
Tuesday, 20 January 2009
Taugeh, Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam selalunya dipandang sebelah mata oleh masyarakat sekarang.

Ada yang melihat Tauge sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan, tidak sedap. Tapi Tahukah Anda, tauge sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.

Bagi kaum lelaki pengambilan taugeh mampu membuatkan sperma yang dihasilkan makin baik. Begitu juga wanita, taugeh berkesan membantu kesuburan telur. Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.

Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 Selepas > Akhir >>

Keputusan 100 - 108 dari 152