|
|
Tuesday, 23 March 2010 |
|
 23 MAC- Sekalung tahniah buat pelajar & guru-guru yang terlibat dalam perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasuil Peringkat Daerah Kemaman yang telah diadakan pada 13 Mac 2010 bertempat di Taman Bandar Chukai Kemaman.Pada majlis tersebut SK Mak Lagam telah dipilih sebagai pemenang tempat ketiga bagi Kategori Sekolah-Sekolah Rendah Pertandingan Perbarisan Terbaik.Hadiah berupa Sijil Penyertaan & wang tunai telah disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Haji Ahmad Bin Said.
AbA... |
|
|
Tuesday, 09 March 2010 |
|
 09 MAC-Kelab Guru & Kakitangan SKML telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir buat guru-guru & kakitangan yang lahir pada bulan Januari & Februari yang lalu. Majlis ringkas ini dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti dengan memotong kek.Guru-guru & kakitangan yang diraikan kali ini adalah Ustaz Khalid, Pn.Norzila, Pn.Khairuni,Ustazah Rohazimah, Pn.Mawarni,Pn.Nora Ayu,Pn.Suria,En.Mohd Rolly dan Cik Julia. Semoga kalian semua dipanjangkan umur ,dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat terus memikul tugas dan amanah ini dengan sebaik mungkin..InsyaAllah
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 09 March 2010 )
|
|
|
Sambutan Maulidul Rasul SKML 2010 |
|
|
|
|
Monday, 08 March 2010 |
|
 09 MAC-Sambutan Maulidul Rasul peringkat SKML telah berjaya diadakan pagi tadi melibatkan semua pelajar dan guru sesi pagi.Program yang bermula jam 8.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan selawat sebelum diteruskan dengan perarakan di sekitar kawasan sekolah.Pada majlis itu juga telah diadakan tayangan gambar, ceramah dan pertandingan kuiz disamping pertandingan membuat poster dengan tema " Memantap Ukhuwwah,Memperkasa Ummah " Sebelum bersurai jam 10.00 pagi semua pelajar dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan penganjur.
AbA... |
|
|
Majlis Perpisahan & Keraian Guru SKML |
|
|
|
|
Saturday, 20 February 2010 |
|
 18 FEB-Kelab Guru & Kakitangan SKML telah mengadakan Majlis Perpisahan & Keraian Guru SKML bertempat di kantin sekolah.Majlis ini diadakan bagi menghargai guru-guru SKML yang telah bertukar mulai bulan Januari yang lalu dan mengiratkan perhubungan dengan guru-guru yang baru menjadi warga SKML.Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan dari Pengerusi MGK,ucapan dari GPK Kokurikulum sebagai wakil Guru Besar,seterusnya ucapan dari guru-guru yang diraikan,penyampaian cenderahati dan jamuan makan.Antara guru-guru SKML yang telah bertukar adalah Pn.Aribah Abdullah,Ustaz Rosli Ahmad yang bertukar ke SK Chukai,Pn.Ruzita Kasim yang bertukar ke SK Geliga,En.Adnan A.Rahman bertukar ke SK Pasir Gajah,Pn.Norizam Daud bertukar ke K.Lumpur dan yang terbaru GPK1 En.Shaikh Abd.Naser Abd.Aziz bertukar ke SK Binjai & GPK HEM Pn.Zabidah Sulaiman bertukar ke SK Pusat.Tempat mereka telah diganti oleh Pn.Nur Jamnah Keman dari SK Bukit Kuang sebagai PK1 dan Pn.Minah Awang dari SK Pusat sebagai PK Hem yang baru.Kepada guru-guru baru selamat menjadi warga SKML dan kepada guru-guru yang bertukar selamat bertugas di tempat baru,sesungguhnya jasa & pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan....
AbA.. |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 19 - 27 dari 103 |