|
Thursday, 04 February 2010 |
|
 04 FEB- SK Mak Lagam telah mengadakan Pertandingan Merentas Desa melibatkan pelajar Tahun 2 hingga 6.Pertandingan yang bermula pada 8.30 pagi melibatkan keseluruhan jarak hampir 3 km mendapat kerjasama baik di kalangan semua guru & pekerja sekolah bagi menjamin keselamatan peserta dan kelancaran program.Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh GPK1 En.Shaikh Abd Naser B. Abd.Aziz & GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Berikut adalah para pemenang Pertandingan Merentas Desa SKML 2010 bagi Tahap II - Tahun 4 : M.Aqib Qayyum Md Zaki & Nurul Ayuni Athirah Mazlan ; Tahun 5 : Khairul Humaizi Mamat & Wan Nurul Fadilah Wan Zaki ; Tahun 6 : Azizi Mohamad & Nor Ain Najwa Azmi.Tahniah kepada semua pemenang..
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 04 February 2010 )

Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam SKML Sesi 2010 |
|
|
|
|
Sunday, 31 January 2010 |
 31 JAN -Seramai 73 orang pelajar telah menerima watikah perlantikan masing-masing sempena Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam Sekolah.Daripada jumlah itu 46 orang adalah Pengawas Perpustakaan & 27 orang adalah Pengawas Nilam Sekolah.Majlis ini telah diadakan serentak dengan Pelancaran Program Nilam & pembukaan perpustakaan sekolah bagi sesi 2010.Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz.Beliau telah mengingatkan para pelajar yang terpilih ini agar menjalankan tugas dengan ikhlas dan mengingatkan semua pelajar agar dapat menggunakan perpustakaan yang ada dengan sebaik mungkin.Pn.Mastura Dunia Guru Perpustakaan dan Pn.Mastora Mohamad Guru Program Nilam sekolah turut menyampaikan amanat masing-masing. Beberapa hadiah menarik disediakan buat pelajar yang cemerlang dalam Program Nilam pada tahun ini.
AbA... |
|
|
Pelajar Cemerlang UPSR 09 |
|
|
|
|
Thursday, 19 November 2009 |
|
 19 NOV-Seramai 3 orang pelajar SKML berjaya mendapat 5A dalam UPSR yang diumumkan hari ini.Ianya adalah lebih baik dari tahun sebelumnya di mana hanya 2 orang pelajar mendapat 5A.Mereka yang berjaya adalah adik Nurul Nashirah Nailah Bt Abd.Manaf, adik Anis Najiha Bt Abd.Rahim dan adik Nur Farrah Nabila Bt Abd.Wahab. Sementara itu 6 orang pelajar mendapat 4A 1B dan 5 orang pelajar mendapat 3A 2B.Kebanyakkan mereka gagal memperolehi A dalam mata pelajaran Science dan Bahasa Inggeris.Analisa penuh UPSR 2009 berbanding UPSR 2008 boleh dilihat pada item Analisa di bawah..
AbA.. |
|
|
Hari Anugerah Kecemerlangan 09 |
|
|
|
|
Wednesday, 18 November 2009 |
|
 18 NOV-SK Mak Lagam telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan di dewan sekolah itu pagi tadi. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah disempurnakan oleh YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin. GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz yang mewakili Guru Besar mengharapkan program tahunan yang juga acara kemuncak pada tahun ini akan menjadi peransang kepada para pelajar untuk terus mencipta kecemerlangan.Beberapa kategori hadiah telah disediakan seperti Hadiah Kecemerlangan Akademik,Hadiah Terbaik Keseluruhan,Hadiah Mata Pelajaran Terbaik,Hadiah Kehadiran Penuh ke Sekolah,Anugerah Murid Cemerlang KIA2M,Anugerah Akhlak Cemerlang,Akademik Cemerlang & Kokurikulum Cemerlang.Adik Amier Azamudin B. M.Zunaidi dan adik Nurul Nashirah Nailah Bt Abd. Manaf telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2009.Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar tahap I & tahap II.Tahniah dan syabas kepada para pelajar yang telah berjaya.....
AbA.. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 18 November 2009 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 73 - 81 dari 152 |