Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow KELAB GURU
KELAB GURU
Majlis Makan Malam & Jamuan Perpisahan MGK PDF Cetak Emel
Wednesday, 18 November 2009


17 NOV-Majlis Guru & Kakitangan SKML telah menganjurkan Majlis Makan Malam & Jamuan Perpisahan di Suria Beach Resort Cherating malam tadi.Majlis yang bermula pada jam 8.30 p.m itu dimulakan dengan ucapan GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz yang mewakili Guru Besar dan diteruskan dengan ucapan dari Pemangku Pengerusi MGK En.Osmanullrazi B. Abdullah dan tidak dilupakan rakan seperjuangan yang diraikan En.Mohd Shah Rizal B. Abu Bakar.Majlis turut disertai oleh YDP PIBG SKML En.Suhaimi B. Mat Zin. Selain jamuan makan acara cabutan nombor bertuah turut diadakan.Beberapa orang guru yang bernasib malang dalam acara yang sama sebelum ini telah mengondol hadiah dan hamper istimewa.En.Osmanullrazi yang mewakili MGK merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada para penaja hadiah & hamper..Semoga tahun hadapan lebih banyak hadiah & hamper yang lebih menarik..Amin !

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 18 November 2009 )
 
Lawatan Ke Kuala Terengganu PDF Cetak Emel
Sunday, 15 November 2009

15 NOV-Jawatankuasa Rimup dengan kerjasama Unit Bimbingan SKML telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu pada 11hb Nov yang lalu. Rombongan tersebut diketuai oleh  Cikgu Mat Zam B. Mamat,sementara Cikgu Azahar, Cikgu M.Azlinor, Cikgu Hartini & Cikgu Norizam bertindak sebagai guru pengiring. Seramai 35 orang pelajar tahun 6 telah menyertai lawatan tersebut.Antara tempat-tempat yang dilawati dalam program sehari itu adalah Plenetarium/Pusat Sains di TTC, Muzium di Losong dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man.Rata-rata pelajar yang ditemui menyatakan rasa bangga kerana bukan saja dapat melihat Masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu tetapi juga dapat mengerjakan solat di Masjid tersebut...

AbA...
 
Temasya Sukaneka SKML 09 PDF Cetak Emel
Tuesday, 10 November 2009

10 NOV-Unit kokurikulum SKML telah berjaya mengadakan Temasya Sukaneka di Padang SKML pada hari ini.Temasya yang diadakan pada jam 8.30 pagi hingga 02.00 petang dimulakan dengan perbarisan setiap rumah sukan diikuti dengan bacaan ikrar sukan.Temasya sukan pada hari ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Mak Lagam En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai acara sukaneka telah disusun melibatkan pelajar pra sekolah hingga tahun 6.Acara melibatkan ibu bapa pelajar dan guru-guru SKML juga disediakan seperti mengayam ketupat dan acara tarik tali.Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.Kepada para pelajar yang berjaya mendapat hadiah,syabas & tahniah diucapkan begitu juga dengan rumah sukan yang berjaya menjadi johan..Rumah hijau jangan putus asa,lain tahun cuba lagi....

AbA....
 
Jamuan Akhir Tahun Pengakap SKML 09 PDF Cetak Emel
Sunday, 08 November 2009

08 Nov - Pengerakan Pengakap SKML telah mengadakan Jamuan Akhir Tahunnya bertempat di kantin sekolah tengahari tadi.Majlis yang bermula pada jam 12.15 tengahari itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi pergerakan itu En.Che Mohd Rosli B. Che Yusof.Perasmian telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum En.Mohd Arifin B. Mat Rani.Pada majlis ini juga telah diadakan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik minggu kerja pengakap 2009.Sebelum jamuan makan sesi bergambar antara pemimpin dan semua ahli pergerakan pengakap telah diadakan sebagai kenang-kenangan..Syabas & tahniah buat pergerakan pengakap SKML

AbA...
 
Kejohanan Futsal Padang Tertutup Tahun 6 PDF Cetak Emel
Sunday, 01 November 2009


28 OKT-Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKML telah menganjurkan Kejohanan Futsal Padang Tertutup melibatkan pelajar Tahun 6.Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti selepas peperiksaan UPSR.Kejohanan yang bermula pada 26 hingga 28hb Oktober yang lalu melibatkan beberapa pasukan yang telah menamakan pasukan mereka mengikut nama pasukan bola sepak ternama dunia dan dibimbing oleh beberapa orang guru yang juga bertindak sebagai pengurus pasukan masing-masing.Pada kejohanan kali ini Pasukan Real Madrid dibawah pengurusan En.Jamani Shukor telah berjaya menjadi johan, manakala Pasukan Inter Milan dibawah pengurusan En.Mat Zam Mamat menjadi naib johan dan tempat ketiga Pasukan Bayern Munich dibawah pengurusan En.Che Mohd Rosli Che Yusof.Tahniah kepada yang berjaya...

AbA..

 

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 01 November 2009 )
 
<< Mula < Sebelum 11 12 13 14 15 16 17 18 19 Selepas > Akhir >>

Keputusan 91 - 99 dari 165