Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow KELAB GURU
KELAB GURU
Selamat Tahun Baru SKML PDF Cetak Emel
Tuesday, 06 January 2009

2009 telah menjelma dan warga SKML telah bersedia merangka strategi dalam menjadikan SKML lebih berjaya. Tahun 2009 juga SKMl telah kehilangan 2 orang guru iaitu Pn Radziana dan Pn Rahimah, namun kehilangan tersebut telah diganti dengan 4 orang guru baru yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam KPLI.

Semoga dengan kehadiran warga SKML dapat menambah mutu dan kualiti SKML

 
Hari Anugerah Kecemerlangan SKML 08 PDF Cetak Emel
Wednesday, 12 November 2008

12 Nov 2008-SK Mak Lagam telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan.Majlis ini diadakan sebagai penghargaan dan dorongan kepada para pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang sesi 2008.Majlis telah diadakan di dewan sekolah mulai jam 8.30 pagi dan ianya telah disempurnakan oleh Pengurusi PIBG SKML En.Suhaimi B. Mat Zin.Selain penyampaian hadiah para tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan oleh para pelajar.

Aba Citra08.. 

 
Annual Dinner MGK`08 PDF Cetak Emel
Tuesday, 11 November 2008

9 Nov 2008- Majlis Guru dan Kakitangan SKML telah berjaya mengadakan majlis tahunan tersebut. Majlis tersebut telah diadakan di dewan SKML. Program tersebut bermula pada jam 8.00 mlm dan berakhir pada jam 11.00 mlm. Pelbagai acara disediakan bagi mengisi majlis tersebut, MGK mengharapkan majlis tersebut dapat mengeratkan hubungan silatulrahim dikalangan ahli-ahli MGK SKML disamping dapat mengenali keluarga ahli SKML. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
 
Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) PDF Cetak Emel
Sunday, 09 November 2008

09 Nov 2008 - Jawatankuasa Induk Latihan Dalaman Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) kepada guru-guru SKML sesi 2008.Kursus dalam perkhidmatan berasaskan sekolah (LDPBS) ini diadakan bagi melahirkan pendidik yang cemerlang dan gemilang melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang.
Baca lagi...
 
Lawatan ke Perak & Pulau Pinang PDF Cetak Emel
Friday, 07 November 2008

06 Nov 2008-Seramai 35 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Perak dan Pulau Pinang mulai 04 Nov hingga 06 Nov 2008.
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 dari 48
Advertisement