|
Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam SKML Sesi 2010 |
|
|
|
|
Sunday, 31 January 2010 |
 31 JAN -Seramai 73 orang pelajar telah menerima watikah perlantikan masing-masing sempena Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Perpustakaan & Nilam Sekolah.Daripada jumlah itu 46 orang adalah Pengawas Perpustakaan & 27 orang adalah Pengawas Nilam Sekolah.Majlis ini telah diadakan serentak dengan Pelancaran Program Nilam & pembukaan perpustakaan sekolah bagi sesi 2010.Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh GPK1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd.Aziz.Beliau telah mengingatkan para pelajar yang terpilih ini agar menjalankan tugas dengan ikhlas dan mengingatkan semua pelajar agar dapat menggunakan perpustakaan yang ada dengan sebaik mungkin.Pn.Mastura Dunia Guru Perpustakaan dan Pn.Mastora Mohamad Guru Program Nilam sekolah turut menyampaikan amanat masing-masing. Beberapa hadiah menarik disediakan buat pelajar yang cemerlang dalam Program Nilam pada tahun ini.
AbA...
|