|
Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Keenam |
|
|
|
|
Friday, 26 March 2010 |
|
 26 MAC-PIBG SK Mak Lagam pagi tadi telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali keenam.Masyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Tn.Hj.Wan Abdul Hakim B. Hj Wan Mokhtar yang merupakan ADUN Kawasan Air Putih Kemaman.Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah didedahkan dengan pelbagai info terkini yang disampaikan oleh Pn.Nor Jamnah Bt Keman GPK Kurikulum yang baru sebagai wakil Guru Besar,YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin sebelum ucapan perasmian oleh YB Tuan Hj.Wan Abdul Hakim B. Wan Mokhtar.Dalam pemilihan jawatankuasa PIBG SKML sesi 2010/2011 beberapa muka baru telah dipilih selain beberapa muka lama yang masih kekal termasuk YDP En.Suhaimi B. Mat Zin yang mengekalkan jawatannya buat penggal kelima berturut-turut.Pada mesyuarat itu beberapa usul telah disampaikan namun hanya dua usul yang telah dibahaskan.
AbA..
|