|
Sambutan Hari Guru SKML 2010 |
|
|
|
|
Sunday, 16 May 2010 |
|
 16 MEI-SK Mak Lagam telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di dewan SKML pagi tadi.Sambutan pada tahun ini dibuat secara sederhana tetapi tetap meriah.Program dimulakan dengan ucapan GPK 1 Pn.NorJamnah Bt Keman yang mewakili guru besar,bacaan perutusan oleh GPK Kokurikulum & GPK Petang.Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" oleh guru-guru SKML.Acara padang turut diadakan melibatkan perlawanan bola sepak & bola jaring antara guru dan para pelajar.Selepas itu persembahan pentas melibatkan para pelajar & guru telah diadakan selain cabutan nombor bertuah dan pertukaran hadiah.Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari buat seluruh warga SKML.Kepada semua warga pendidik SKML diucapkan SELAMAT HARI GURU..JADILAH GURU YANG HADIRNYA DITUNGGU,HILANGNYA DIRINDU..ILMUNYA DIBURU,NASIHATNYA DISERU,TINGKAH LAKUNYA DITIRU.........
AbA...
|