|
Kejohanan Sukan SKML Kali Ke-4 |
|
|
|
|
Thursday, 20 May 2010 |
|
 20 MEI-SKML telah berjaya mengadakan kejohanan sukannya buat kali ke-4 pagi tadi.Kejohanan yang bermula pada jam 8.15 pagi itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Mak Lagam En.Suhaimi B. Mat Zin.Pelbagai acara telah diadakan melibatkan pelajar pra-sekolah sehingga tahun 6 antaranya larian 50 m, 100 m, 4 x 100 m,mari pecah belon,muka cantik,lompat jauh & lontar peluru.Acara dimeriahkan juga penglibatan ibubapa & para guru melalui acara 4 x 100 m ,kerusi beracun & terompah gergasi.Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian poco-poco & shuffle oleh pelajar tahap 2.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP PIBG dan guru-guru penolong kanan.Pada kejohanan tahun ini Rumah Sukan Kuning telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan,manakala Rumah Biru sebagai naib johan diikuti Rumah Hijau & Merah.Syabas dan tahniah buat yang berjaya..
AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 21 May 2010 )
|