|
Thursday, 15 July 2010 |
 15 JULAI-MGK dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Cikgu Zuriati Mamat tengahari tadi.Berapa ahli MGK telah menjemput Cikgu Zuriati di rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok pada jam 11.45 pagi Rombongan tersebut yang turut diiringi 2 buah motosikal Jaguh dari Roi Club SKML telah selamat tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.30 tengahari dan diberi sambutan bunga manggar & paluan kompang sambil diarak ke Dewan SKML.Pada majlis itu selain ucapan dari GPK1,Pengerusi PIBG,yang diraikan & wakil pelajar, penyampaian cenderahati dan persembahan pelajar turut diadakan.Cikgu Zuriati memulakan perkhidmatannya pada tahun1977di SK.Bukit Mentok sehingga tahun 1983. Di SKRKT Seberang Tayor hingga 1987,SK Kuala Penor sehingga 1990,SK Geliga sehingga 2001 seterusnya menamatkan perkhidmatan di SK Mak Lagam.Bagi pihak warga SKML kami mengucapkan “Selamat bersara & sesungguhnya jasa dan sumbangan anda amat kami hargai….” AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 24 July 2010 )
|