Skip to content
Anda berada di: LAMAN UTAMA arrow INFO SKML arrow Aktiviti SKML arrow Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Ke-7
Mesyuarat Agung PIBG SKML Kali Ke-7 PDF Cetak Emel
Saturday, 26 March 2011


26 MAC- PIBG SK Mak Lagam telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-7 di dewan sekolah pagi tadi.Program yang turut dihadiri Penyelia HEM PPD Kemaman En.Mohd Haznan B. Othman bersama hampir 250 orang tetamu.Majlis yang bermula pada jam 9.15 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Khalid diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh adik Muhammad Haikal Najmi Mohd Fitri.Guru Besar SK Mak Lagam En.Mohammed B. Awang memulakan ucapan dengan membentangkan laporan pencapaian sekolah dan program-program yang telah dan akan dilaksanakan.Seterusnya ucapan oleh YDP PIBG En.Suhaimi B. Mat Zin.Beliau mengharapkan agar AJK yang bakal dipilih dapat memberi kerjasama bagi memperkasakan PIBG.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn.Haji Roshali B. Taha Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu.Beliau telah menjelaskan peranan APMT secara ringkas dan mengharapkan para ibubapa dapat memainkan peranan dalam menentukan kejayaan anak-anak kerana kerajaan negeri telah menyediakan banyak kemudahan khususnya dalam bidang pendidikan.Pada majlis itu juga Tn.Haji Roshali turut melancarkan Tabung Derma Kecemerlangan SKML.

AbA..

Terakhir dikemaskini ( Saturday, 26 March 2011 )
 
< Prev   Seterusnya >