KELAB GURU
Kursus Membina Proposal & Penulisan Kajian Tindakan Peringkat SKML | Kursus Membina Proposal & Penulisan Kajian Tindakan Peringkat SKML |
|
|
|
| Saturday, 07 May 2011 | |
|
07 MEI-Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus & Bengkel Membina Proposal & Penulisan Kajian Tindakan peringkat SKML pagi tadi.Kursus yang diadakan di Bilik Mesyuarat SKML bermula 8.15 a.m telah dikendalikan oleh penceramah En.Mohd Rozi B. Hamid yang merupakan Ketua Pasukan Akram Penyelidikan PPD dengan dibantu oleh En.Mohd Ibrahim B. Mohamad-GPK Kokurikulum SMK Binjai. Sepanjang program para guru telah didedahkan dengan pelbagai perkara berkaitan kajian tindakan selain kaedah membina proposal & penulisan kajian tindakan.Selepas kursus ini para guru diminta membuat kajian tindakan mengikut panitia yang telah ditetapkan dan membentangkan kajian masing-masing pada program khas yang akan ditetapkan nanti.Program hari ini turut disertai oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang dan Guru-Guru Penolong Kanan.Penyelaras LDP yang juga Guru Bimbingan Pn.Hartini Bt Ab Rahman, melahirkan rasa syukur kerana dapat juga mengadakan program ini setelah beberapa kali tertangguh.Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini. AbA..
|
|
| Terakhir dikemaskini ( Saturday, 07 May 2011 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|