|
Wednesday, 11 May 2011 |
 10 MEI-Panitia Bahasa Inggeris SKML dengan kerjasama TESMAL telah mengadakan Program Ceria Bersama Ms.Kelsey Celina Whiting Jones.Beliau merupakan 'English Teacher Assistant ' (ETA) TESMAL.Menurut Pengerusi Panitia Bahasa Inggeris SKML Pn.Julia Bt Ali, program sebegini dirancang bukan sahaja untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris tetapi mendekatkan beliau dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Sepanjang lawatan beliau beberapa aktiviti telah diadakan seperti nyanyian,bacaan dan permainan dalam Bahasa Inggeris.Semua pelajar ternyata gembira apabila berpeluang berkomunikasi dengan Ms.Kelsey dalam Bahasa Inggeris.Ms.Kelsey juga melahirkan rasa kagum di atas usaha dan minat yang ditunjukkan dan berjanji untuk hadir lagi ke SKML..
AbA..
pelajar |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 11 May 2011 )
|