Anda berada di: LAMAN UTAMA
JSN ImageShow -
Joomla 1.5 extension (component, module) by JoomlaShine.com
Untitled Document
|
Thursday, 19 May 2011 |
|
 18 MEI-Gempar..Aras 2 Blok A SKML telah terbakar.Loceng kecemasan segera dibunyikan dan semua pelajar diarah turun mengikut kelas masing-masing ke dataran kawad.Namun begitu dua orang pelajar tahun 5 Arif telah terperangkap dalam kebakaran tersebut.Tetapi dengan kecekapan Pasukan Bomba & Penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu berjaya membawa turun pelajar berkenaan dengan selamat.Itulah sebahagian daripada situasi dalam latihan kebakaran yang telah diadakan di SKML pagi tadi.Menurut GPK HEM Pn.Minah Bt Awang,tujuan utama program yang julung kali diadakan ini adalah untuk mendedahkan pelajar tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran di sekolah.En.Izani B. Zakaria Pegawai Bomba Kanan II,yang mengetuai Pasukan Bomba & Penyelamat pada hari ini,ketika sesi taklimat kepada pelajar & guru-guru selepas itu, melahirkan rasa puas hati akan kelancaran program walau pun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program hari ini...
AbA..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 19 May 2011 )
|