|
Monday, 12 September 2011 |

12 SEPT-Jawatan Kuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SKML telah mengadakan Majlis Restu buat pelajarnya yang bakal menduduki UPSR esok.Program yang diadakan di Dewan Al-Ikhsan dimulakan dengan bacaan doa,diikuti dengan ucapan & bacaan perutusan dari Menteri Besar Terengganu oleh Guru Besar En.Mohammed B. Awang,bacaan perutusan dari Pengerusi J/kuasa Sains Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu oleh GP1 Pn.NorJamnah Bt Keman dan bacaan perutusan dari Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu oleh PK.HEM Pn.Minah Bt Awang.Menyusul selepas itu lafaz ikrar oleh calon-calon UPSR yang diketuai oleh adik Muhammad Haikal Najmi B. Mohd Fitri.Kemuncak program adalah acara bersalam-salaman antara pelajar tahun 6 dengan semua guru diiringi dengan bacaan selawat.Pada majlis itu juga semua pelajar tahun 6 diberikan cenderahati berupa set alat tulis,kismis dan air zam-zam.Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG SKML & orang perseorangan yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini.Kepada calon-calon UPSR SKML selamat maju jaya, semoga usaha kita selama ini akan dapat merealisasikan SK Mak Lagam Cemerlang..... AbA..
|