|
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKML 2011 |
|
|
|
|
Friday, 21 October 2011 |

21 OKT-Unit Kokurikulum SKML telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform Kali Ke-5 di padang sekolah yang bermula pada 19 hingga 21 Oktober 2011.Seramai 120 pelajar tahap II yang terdiri daripada Pergerakan Pengakap,Puteri Islam & Tunas Kadet Remaja Sekolah telah terlibat dalam program kali ini.Selama 3 hari 2 malam para peserta perkhemahan telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan,Pertandingan Kawad Kaki,Lari Berhalangan,Pertandingan Masakan,Mencari Harta Karun, Permainan Tradisional dan Persembahan Malam Bakat.Walau pun cuaca tidak menentu tetapi ianya tidak menjejaskan perjalanan program yang telah dirancang.Pada Majlis Perasmian Penutup,En.Zanovi B. Mamat PK Kokurikulum SKML telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.Sementara PK Pentadbiran,Pn.Nor Jamnah Bt Keman telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang..... AbA..
|