INFO SKML
Aktiviti SKML
Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) | Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) |
|
|
|
| Sunday, 09 November 2008 | |
![]() 09 Nov 2008 - Jawatankuasa Induk Latihan Dalaman Perkhidmatan SKML telah mengadakan Kursus Organisasi Kendiri ( Motivasi ) kepada guru-guru SKML sesi 2008.Kursus dalam perkhidmatan berasaskan sekolah (LDPBS) ini diadakan bagi melahirkan pendidik yang cemerlang dan gemilang melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang. Kursus ini diadakan pada 08 Nov 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 01.30 tengahari bertempat di bilik tayangan SKML.Motivasi ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tn.Haji Samiron B. Rahmat atau lebih dikenali sebagai Nurimas SN.Sepanjang kursus ini guru-guru telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan antaranya bagaimana menangani masalah stress. Menurut Guru Pen.Kanan 1 En.Shaikh Abd.Naser B. Abd Aziz program ini telah lama dirancang untuk dilaksanakan tetapi disebabkan aktiviti yang sentiasa padat pada hujung minggu maka ianya terpaksa diadakan di saat akhir.Beliau berharap kursus sebegini akan dapat memantapkan lagi bidang profesion keguruan. AbA Citra08... |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|